KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan

KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan
link : KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan

Baca juga


KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan yang mengandungi kandungan yang memudaratkan kepentingan awam, ketenteraman awam, kemoralan dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata warta perintah larangan dikeluarkan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

"Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alwi berkata lima penerbitan didapati mengandungi fakta yang mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.

"Penerbitan-penerbitan tersebut juga dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya," katanya.

Tajuk penerbitan tersebut adalah Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam, Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan dan Agama, Menuju Reformasi Perundangan Islam, Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W. dan Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Malapetaka Akhir Zaman.

Alwi berkata dua penerbitan pula mempunyai unsur-unsur yang menghina agama Islam dan negara.

"Kedua-dua penerbitan tersebut mungkin memberi implikasi negatif dari sudut keselamatan negara," katanya, merujuk kepada tajuk penerbitan Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity

Dalam pada itu, terdapat satu penerbitan bertajuk 'Saucy Seaside Postcards' yang isi kandungan atau artikelnya berunsur seks serta memuatkan gambar-gambar lucah yang keterlaluan yang dilihat tidak bersesuaian dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia, katanya.

"Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan yang diterbitkan di dalam negara dan di luar negara tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,"katanya.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut, katanya.

Orang ramai yang menemui penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan

Sekianlah artikel KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/kdn-wartakan-perintah-larangan-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :