KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan Orang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan Orang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Khabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Terbaru,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di bawah 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) pada 30 Julai, kata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi MAPO berkata pelancaran talian khas 03-8000 8000 itu adalah melalui pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan selaras dengan aspirasi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Talian khas ini beroperasi dari 7.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Seramai enam orang pegawai akan mengendalikan talian khas ini yang akan menyalurkan aduan/laporan kepada agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alwi berkata orang ramai juga boleh membuat aduan/laporan di luar waktu operasi di mana pegawai bertugas akan mengambil tindakan berdasarkan rakaman laporan yang diterima pada keesokan harinya.
“KDN menyeru orang awam membuat laporan serta-merta sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui sebarang aktiviti yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang atau penyeludupan migran,” katanya. – BERNAMA
Demikianlah Artikel KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan Orang
Sekianlah artikel KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan Orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan Orang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/kdn-lancar-talian-khas-anti_2.html
'Panas' di Kota BharuKEKALAHAN 0-2 Kelantan di tangan Perak di Kota Bharu mencetuskan sedikit kekecohan di kalangan segelintir penyokong tuan rumah dan pelawat, …Read More...