Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai

Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai
link : Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai

Baca juga


Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai

SEGAMAT – Jika orang Singapura menyebutnya sebagai roti prata namun orang Malaysia pula memanggilnya roti canai. Ia memang makanan kegemaran ramai, terutama sekali untuk sarapan.

Selalunya ia didapati di kedai makan India atau Melayu. Namun seorang penduduk Cina bernama Chang Wah Tey kini ‘memecahkan tradisi’ tersebut apabila beliau kini bukan sahaja mempunyai sebuah kedai roti canai.

Malahan lelaki berusia 65 tahun ini juga dapat menguli dan mencanai sendiri roti tersebut tanpa bantuan pekerja. Semestinya, ‘apek roti canai’ merupakan satu pemandangan yang jarang-jarang anda dapat lihat.

Wah Tey sebenarnya pernah bekerja sebagai penoreh getah dan bermacam-macam lagi pekerjaan lain. Namun beliau begitu cintakan roti canai sehinggakan sanggup mempelajari rahsia dan cara-cara pembuatannya.

Dia yang berasal dari Kampung Tengah di Segamat, Johor ini akhirnya mampu membuka sebuah kedai kopi miliknya sendiri untuk menjual makanan kesukaan ramai itu, lapor akhbar The Star.

Percayakah anda, Wah Tey sebenarnya sudah membuat roti canai selama 18 tahun! Menurut laporan harian berbahasa Inggeris itu juga, kedai kopi itu juga dibuka setiap hari kecuali jika beliau dan isterinya keluar bercuti.

“Kedai kopi ini malahan tiada sebarang papan tanda tetapi orang ramai masih tetap mengenalinya sebagai Roti Canai Kampung Tengah,” kata Wah Tey lagi kepada wartawan The Star.

Beliau mula belajar cara buat roti canai dari rakan India Muslimnya selama empat bulan sebelum memulakan perniagaan. Tiga kali seminggu, beliau belajar dengan “gurunya” cara uli roti canai selama tiga jam setiap sesi.

Sebelum ini, dia hanya guna minyak sapi untuk buat roti canai itu tetapi menurutnya, pelanggan tidak gemar rasa minyak sapi dan percaya ia meninggikan paras kolestrol. Justeru beliau tukar kepada minyak sayuran pula.

Kedua-dua anaknya, Chen Den dan Chen Yunn, yang masing-masing berusia 37 dan 33 tahun, juga berminat dengan kemahiran membuat roti prata daripadanya serta membantunya dalam perniagaan keluarga itu.

Perniagaan kedai tersebut mampu buat sehingga 300 roti canai setiap hari dan lebih banyak daripada itu pada hujung minggu. Isterinya pula bantu dengan menyediakan minuman buat pelanggan seperti teh dan kopi.

Ternyata Wah Tey tidak terkesan dengan persaingan sengit, dan mengatakan bahawa banyak lagi gerai makanan yang lain dikendalikan oleh masyarakat Melayu dan India dengan memiliki keunikan tersendiri.

“Setiap pelanggan turut memiliki rasa roti canai digemari mereka masing-masing,” kata Wah Tey kepada The Star. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video di bawah sekadar hiasan

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai

Sekianlah artikel Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Bukan Mamak Roti Canai, Tapi Apek Roti Canai dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/ini-bukan-mamak-roti-canai-tapi-apek_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :