Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang

Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang
link : Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang

Baca juga


Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang

KUANTAN – Polis menumpaskan satu kumpulan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki dan merampas 11 lori tiga tan serta sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam Op Lejang khas yang dijalankan selama hampir tiga minggu bermula 7 Julai lepas di sekitar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan berkata keempat-empat lelaki berkenaan yang berusia antara 33 dan 42 tahun itu merupakan warga tempatan dan dipercayai aktif dengan kegiatan curi kenderaan sejak awal tahun ini.

“Hasil rampasan dianggar bernilai lebih RM300,000 dan siasatan awal mendapati kesemua kenderaan itu dicuri di kawasan Wangsa Maju dan Setapak di Kuala Lumpur, Jinjang dekat Selangor, Bera serta Mentakab, Pahang.

“Kenderaan itu kemudiannya dipercayai dijual dengan harga yang murah kepada pembeli yang tinggal di kawasan Felda sekitar daerah Temerloh, Bentong, Raub dan Pekan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, di sini hari ini.

Othman berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek menjual sendiri semua kenderaan yang dicuri atau turut melibatkan orang tengah.

“Polis ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak membeli kenderaan yang dicuri kerana mereka boleh didakwa bersubahat…apabila terdapat permintaan, kes kecurian ini akan berulang,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A serta Seksyen 411 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang

Sekianlah artikel Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Geng Curi Kenderaan Tumpas Dalam Op Lejang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/geng-curi-kenderaan-tumpas-dalam-op_2.html

Subscribe to receive free email updates: