Judul : Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy
link : Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy
Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy
Menurut laman web rasmi KL2017 http://ift.tt/29W4jdZ Khairy hari ini mempengerusikan mesyuarat terakhir Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2017 di pejabatnya di Putrajaya, dihadiri semua ketua pelbagai 15 jawatankuasa kecil melaporkan kemajuan terakhir.
Khairy berkata adalah mustahak bagi semua jawatankuasa kecil itu meneruskan meneliti perintah kerja dengan lebih kerap, kerana ia mempunyai hubungan dengan keseluruhan sistem.
"Semua infrastruktur berkaitan KL2017 sudah 98 peratus selesai," katanya seperti yang dipetik dalam berita itu.
Beliau juga berharap kajian semula pra-Sukan SEA mengenai pelbagai kekurangan akan ditangani.Antara isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat itu tentang keperluan mengadakan laluan khas atau alternatif untuk pengangkutan atlet dan pegawai.
Masa jadual pengangkutan ini juga perlu dinyatakan dengan jelas supaya ia tidak menjejaskan waktu pertandingan.
Terdapat juga keperluan untuk menentukan zon bagi menurun dan mengambil penumpang bagi pengangkutan awam.
Antara acara yang akan dianjurkan dalam tempoh dua minggu menjelang KL2017 ialah pelancaran lagu tema rasmi nyanyian Dayang Nurfaizah pada 8 Ogos.
Ia diikuti pelancaran Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dan upacara penyerahan bendera oleh Yang di-Pertuan Agong pada 10 Ogos dan menaiki belon panas bagi Nyalaan Obor Sukan SEA sehari kemudian.
Sukan SEA dibuka secara tidak rasmi pada 14 Ogos ini dengan perlawanan bola sepak pasukan lelaki.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy
Anda sekarang membaca artikel Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/gandakan-usaha-untuk-persiapan-akhir_2.html