Judul : Emma Watson Rayu Peminat Carikan Cincinnya Yang Hilang
link : Emma Watson Rayu Peminat Carikan Cincinnya Yang Hilang
Emma Watson Rayu Peminat Carikan Cincinnya Yang Hilang
Aktres Emma Watson memohon bantuan peminat untuk mencarikan tiga bentuk cincin berharganya yang hilang, baru-baru ini.
Menerusi akaun Facebook, bintang Beauty & The Beast itu memberitahu dia kehilangan tiga buah cincin ketika di Mandarin Oriental Spa, London minggu lalu.
Awalnya, Emma mengaku menyimpan cincin tersebut di dalam loker, namun dia lupa mengambilnya semula sewaktu hendak meninggalkan tempat tersebut. Dia kemudiannya menghubungi pihak spa, namun mereka memaklumkan tidak menjumpai cincin-cincin itu.
“Sekarang cincin-cincin saya hilang. Kalau cincin biasa, saya akan terima saja. Tapi salah satunya adalah pemberian ibu saya.
“Ibuku membeli cincin itu beberapa hari seleps saya lahir, dan sudah memakainya selama 18 tahun, tidak pernah ditinggalkan, dan diberikan pada saya ketika usia saya 18 tahun.
“Saya memakai cincin itu setiap hari. Cincin tersebut adalah barang yang sangat bererti dan istimewa,” kata Emma.
Emma meminta bantuan peminat untuk mengembalikan semula cincin tersebut sekiranya mereka menjumpainya.
“Jika kamu melihatnya atau punya informasi tentang cincin saya, tolong email ke: findthering@outlook.com,” rayunya.
The post Emma Watson Rayu Peminat Carikan Cincinnya Yang Hilang appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Emma Watson Rayu Peminat Carikan Cincinnya Yang Hilang
Anda sekarang membaca artikel Emma Watson Rayu Peminat Carikan Cincinnya Yang Hilang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/emma-watson-rayu-peminat-carikan.html