Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP

Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP
link : Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP

Baca juga


Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta mendedahkan surat bertarikh 23 Disember 2016, 21 Februari 2017, 25 April 2017 dan 22 Jun 2017 antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhubung tarif air di Pulau Pinang kepada rakyat.

Pengerusi SPAN, Datuk Liang Teck Meng berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP perlu berbuat demikian supaya rakyat dapat menilai siapa yang sebenarnya yang berhasrat untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang, kerajaan DAP Pulau Pinang atau SPAN.

Beliau malah yakin tiada pihak akan percaya dakwaan Guan Eng kononnya SPAN yang memaksa Pulau Pinang menaikkan kadar air memandangkan pihak yang mendapat keuntungan adalah kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan pihak yang pertama membangkit dan antara yang paling lantang bersuara mempertahankan kenaikan kadar air yang kononnya dipaksa oleh SPAN.

“Berbanding dengan bercakap banyak, Ketua Menteri Pulau Pinang harus berani mendedahkan semua surat antara SPAN dan PBAPP yang dirujuk oleh beliau dan membiar orang ramai mengadilinya. Jangan buat saya bertanya beliau untuk kali kelima,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teck Meng berkata, aurat-surat itu akan membolehkan orang ramai membuat penilaian sendiri pihak mana yang sebenarnya meminta kenaikan itu termasuk kenaikan besar dan meluas yang diminta pada Disember 2016.

Jelasnya, permintaan kepada SPAN itu bagaimanapun tiba-tiba ditarik balik pada akhir Februari 2017 yang besar kemungkinan akan muncul semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Teck Meng yang juga Setiausaha Agung Gerakan menyifatkan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memang unik.

Kata beliau, jika Gerakan tidak menyaman Guan Eng memfitnah, beliau akan menghebahkan di media sosial mendakwa Gerakan adalah pengecut.

Bagaimanapun, apabila Gerakan menyaman beliau memfitnah seperti Selasa lalu, Guan Eng menghebahkan bahawa ia bermotif politik. – MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP

Sekianlah artikel Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/desak-guan-eng-dedah-surat-pbapp_1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :