Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume' - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'
link : Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Baca juga


Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Selepas tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan, 'jemputan' kini terbuka buat jejaka yang mahu mencuba nasib memikat hati usahawan selebriti ini.
Datuk Seri Vida

Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengatakan dia telah menerima lebih kurang 50 resume menerusi kiriman emailnya daripada ramai jejaka yang berhasrat untuk menjadikannya suri hati.

Wahhh. Nak jadi calon suami pun siap pakai resume. Dah macam nak apply kerja.

Apa yang lebih menarik, resume yang diterima itu bukan sahaja datang dalam kalangan rakyat tempatan malah tidak kurangnya dari luar negara termasuklah Scotland dan Finland.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya memetik sebuah portal online.

Vida berkata, sesiapa yang ingin menjadi suaminya perlulah mempunyai anak mata berwarna kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang begitu ‘gila’ membeli belah.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?

“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag terus? Pengsan lelaki tu,” ujarnya dengan nada berseloroh.

Jejaka mata kelabu
Warna mata idaman Datuk Vida (Gambar hiasan).

Selain itu, Vida juga berkata lelaki tersebut perlu setia, jujur, amanah, beriman, penyayang dan apa yang paling penting boleh membahagiakan diri dan anak-anaknya.

Vida kini lebih berhati-hati dalam soal perkahwinan setelah mengalami tiga kali kegagalan dalam fasa tersebut. Disoal berkenaan pengganti, dia mengatakan belum mempunyai sesiapa lagi buat masa sekarang.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 dan berpisah pada 7 April yang lalu.

Ada sesiapa yang boleh penuhi karakter yang dinyatakan tadi? Bolehlah mencuba hantar resume juga.

Siapa tahu tuah beristerikan usahawan kosmetik! Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia nampak dimata!

BACA INI JUGA: Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

sumber: mynewshub


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume'

Sekianlah artikel Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Vida Mahu Suami Bermata Kelabu, Ramai Dah Hantar 'Resume' dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/datuk-vida-mahu-suami-bermata-kelabu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :