Beri ‘bayangan’ menerusi lirik

Beri ‘bayangan’ menerusi lirik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beri ‘bayangan’ menerusi lirik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beri ‘bayangan’ menerusi lirik
link : Beri ‘bayangan’ menerusi lirik

Baca juga


Beri ‘bayangan’ menerusi lirik

Masih terngiang-ngiang ‘jeritan’ Chester Bennington menyanyikan lagu Crawling dan One Step Closer ketika Linkin Park mengadakan konsert di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2013 lalu, namun hari ini penyanyi utama Linkin Park itu sudah tiada.

Sukar untuk dipercayai, tapi itulah hakikatnya apabila mayat Bennington, 41, ditemui di rumahnya di Palos Verdes berhampiran Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam (waktu Malaysia).

Menurut sumber polis, Bennington menggantung diri ketika bersendirian di rumah dan keluarganya berada di luar bandar.

Nampaknya selepas penyanyi Soundgarden, Chris Cornell yang juga teman rapat Bennington itu membunuh diri di sebuah hotel di Detroit, AS, Mei lalu, penyanyi band nu metal ini turut mengambil langkah yang sama.

Secara kebetulan, tarikh kematian Bennington semalam sama dengan ulang tahun kelahiran Cornell.

Apa yang pasti, kematian Bennington pastinya amat mengejutkan terutama buat anggota Linkin Park seperti Mike Shinoda, Joe Hahn, Brad Delson, Rob Bourdon dan Dave Farrell.

“Terkejut dan patah hati tetapi benar. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan kelak,” kata Shinoda menerusi Twitter, semalam.

Kematian Benington berlaku seminggu sebelum Linkin Park memulakan konsert jelajah AS di Mansfield, Massachusetts pada 27 Julai ini serta pada hari video muzik Linkin Park Talking to Myself dilancarkan.

Linkin Park yang popular dengan genre nu metal dan rap metal ini pernah memenangi Grammy Awards bagi kategori Persembahan Rock Terbaik pada 2002.

Sejak album pertama Hybrid Theory pada 2000, Linkin Park menghasilkan tujuh album yang terjual lebih 70 juta unit di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Bennington dikatakan sudah memberi bayangan dia akan ‘pergi’ menerusi lirik single terbaru mereka, Heavy yang dicipta bersama Shinoda dan Delson.

Antara kandungan lirik lagu mengenai depresi itu ialah “I don’t like my mind right now. Stacking up problems that are so unnecessary. Wish that I could slow things down.”

Dalam lagu itu, Bennington turut menambah lirik “if I just let go, I’d be set free.”

Dalam satu temu bual, Linkin Park menjelaskan lagu Heavy diinspirasikan daripada perbualan mereka mengenai kekecewaan dan masalah dalam kehidupan masing-masing.

Shinoda berkata, pada hari mereka mencipta lagu itu, Bennington seperti sedang berdepan masalah.

“Ketika Bennington tiba di studio, saya menegurnya, ‘hey…apa khabar?’ Dia menjawab, ‘oh…aku ok saja.’

“Kami kemudian terdiam untuk beberapa minit dan selepas itu dia bersuara – ‘Kau tahu tak? Aku perlu jujur yang aku sebenarnya tak okey.’ Terlalu banyak perkara yang berlaku terhadap aku. Aku rungsing,” katanya.

Heavy yang diterbitkan pada Februari lalu turut dimuatkan dalam album terbaru mereka, One More Light tahun ini. Ia dinyanyikan bersama penyanyi wanita Kiiara.

Bennington meninggalkan isteri Talinda Bentley dan tiga anak. Dia turut memiliki tiga lagi anak hasil hubu­ngannya dengan teman wanita sebelum ini.

Bennington yang sebelum ini berdepan masalah ketagihan dadah dan alkohol pernah membayangkan mahu membunuh diri selepas pernah menjadi mangsa cabul lelaki dewasa ketika dia kanak-kanak.

“Saya tidak lagi mengambil alkohol. Sejak enam tahun lalu saya tidak lagi mabuk. Saya tidak mahu jadi lelaki seperti itu lagi,” katanya dalam satu temu bual pada 2011.

Selain Linkin Park, Bennington juga adalah penyanyi band Dead By Sunrise dan pernah menjadi penyanyi band grunge, Stone Temple Pilots pada 2013 hingga 2015.

The post Beri ‘bayangan’ menerusi lirik appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Beri ‘bayangan’ menerusi lirik

Sekianlah artikel Beri ‘bayangan’ menerusi lirik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beri ‘bayangan’ menerusi lirik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/beri-bayangan-menerusi-lirik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :