Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL

Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL
link : Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL

Baca juga


Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL

Rapid KL tampil dengan cara tersendiri dalam memakan dalam penumpang-penumpangnya yang keras kepala ketika menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan olehnya.

Jika sebelum ini akaun media sosial syarikat itu memuat naik tingkah laku penumpang yang tak bertimbang rasa, kini akaun yang sama sekali lagi membuat kejutan apabila memuat naik gambar patung Anabelle yang sedang 'menjaga' perkhidmatan awam yang disediakan oleh syarikat tersebut.

"Pelanggan yang kami hormati, baru-baru ini kami selalu menerima kunjungan dari Annabelle. Jaga tingkah laku anda bila menaiki keretapi kami atau... dia akan menghantui anda selamanya." tulis kurator akaun media sosial syarikat itu.

Harian Metro melaporkan, jurucakap Rapid KL menjelaskan tindakan itu tidak mempuyai sebarang niat jahat tapi merupakan satu usaha dari pasukan media sosial Rapid KL untuk menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

Katanya, patung itu sebagai simbolik mesej kepada penumpang supaya tidak ‘buat hal’ kerana jika tidak menjaga tingkah laku, ia akan menghantui hidup si pelaku perbuatan negatif buat selama-lamanya.

"Kami bersyukur kerana pendekatan seperti memuat naik gambar aktiviti kurang berhemah sejak beberapa hari lalu dan meletakkan patung Annabelle hari ini, difahami oleh rata-rata pengguna perkhidmatan pengangkutan awam mengenai mesej yang ingin disampaikan.

"Kebanyakan pengguna laman sosial juga bersetuju serta menyokong usaha kami untuk berkongsi dengan orang ramai mengenai etika sosial bagi menjaga perkhidmatan awam dan harta benda awam," katanya.

Menurutnya, tindakan berkenaan bertujuan mendidik orang ramai supaya berhemah.

"Ia sebagai teguran sinis kepada mereka yang 'nakal' ketika menggunakan kemudahan pengangkutan awam supaya aktiviti tidak sewajarnya tidak berlaku lagi.

"Bagaimanapun kami tidak akan maklumkan di mana dan bila Annabelle akan 'bertugas' sebagai ‘pemerhati’," katanya.

Sumber: Harian Metro


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL

Sekianlah artikel Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awas, Ada Patung Anabelle 'Jaga' LRT, MRT & Monorel - 'Amaran' Rapid KL dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/awas-ada-patung-anabelle-jaga-lrt-mrt.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :