Judul : Aksi lumba penuh konflik dalam Overdrive
link : Aksi lumba penuh konflik dalam Overdrive
Aksi lumba penuh konflik dalam Overdrive
OVERDRIVE, sebuah lagi filem berkaitan dunia perlumbaan kereta yang penuh aksi dan konflik bakal menemui peminat filem genre ini di pawagam mulai 27 Julai ini.
Filem arahan Antonio Negret ini tampil dengan gabungan idea dan elemen baru yang lebih segar dalam usaha memberi kelainan kepada genre filem yang mempunyai pengikutnya sendiri.
Tidak sekadar memberi tumpuan kepada babak aksi luar biasa, filem yang menampilkan Scott Eastwood dan Freddie Thorp sebagai bintang utama ini tetapi turut mengutamakan ceritanya.
Filem ini mengisahkan dua beradik, Andrew (Scott Eastwood) dan Garrett Foster (Freddie Thorp) yang pakar mencuri kereta mewah. Mereka telah mengembara ke selatan Perancis untuk mencari peluang baru.
Malangnya ketika melakukan tugasan mencuri kereta Bugatti 1937, mereka berdua telah tertangkap. Lebih parah, pemilik kereta tersebut yang juga ketua penjenayah Jacomo Morier, mahu dua beradik ini mencuri kereta milik musuhnya Max Klemp sebagai pertukaran nyawa mereka.
Tugasan ini ternyata sukar buat keduanya kerana ia bukan dari jenis kereta biasa yang pernah mereka curi sebelum ini, sebaliknya sebuah Ferrari 250 GTO 1962, yang juga kereta paling berharga milik Klemp.
Di sinilah bermula konflik dan menggerakkan jalan cerita Overdrive yang tampil dengan pelbagai aksi menyesakkan nafas sehingga penonton perlu memberi sepenuh tumpuan untuk mengikuti perjalanan ceritanya.
Elemen aksi pertarungan dan perlumbaan kereta yang menjadi nadi utama filem ini disatukan dengan begitu baik menjadikan Overdrive sebagai sebuah filem yang cukup menghiburkan.
Tidak perlu membuat perbandingan filem ini dengan filem aksi lumba kereta yang lain, sebaliknya penonton hanya perlu berseronok dengan apa yang ditonton sepanjang 96 minit filem ini ditayangkan.
The post Aksi lumba penuh konflik dalam Overdrive appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Aksi lumba penuh konflik dalam Overdrive
Anda sekarang membaca artikel Aksi lumba penuh konflik dalam Overdrive dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/aksi-lumba-penuh-konflik-dalam-overdrive.html