Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan

Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan
link : Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan

Baca juga


Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan

KOTA BHARU – Obor KL2017 sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN Kesembilan 2017 (KL2017) akan terbang ke udara melalui Wau Bulan Gergasi, sebagai simbolik penerimaan obor dalam larian siri jelajahnya di Kelantan, Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd Nadzri Yaacob berkata wau bulan gergasi berukuran 3.048mx3.048m (10×10 kaki) persegi akan digunakan bagi menaikkan obor berkenaan dalam satu acara yang akan berlangsung di Pantai Irama, Bachok.

“Sebanyak 29 wau bulan bersaiz kecil akan turut mengiringi wau gergasi itu pada majlis berkenaan,” katanya pada sidang media sempena majlis pelancaran Larian Obor Sukan SEA ke-29 dan Program Fit Malaysia peringkat negeri Kelantan 2017 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Nadzri berkata larian obor berkenaan di Kelantan akan membabitkan jarak sejauh 300km meliputi enam jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sebelum ia diserahkan kepada wakil dari Terengganu.

Katanya, obor tersebut dijangka tiba di Jeli dari Perak pada Khamis ini sebelum gimik perasmian pelancarannya dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu ini.

“Sempena majlis pelancaran itu, program  kecergasan Fit Malaysia akan turut diadakan membabitkan dua acara iaitu larian sejauh 5km dan 10km dan berbasikal (10km dan 30km), “ katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan

Sekianlah artikel Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wau Bulan Gergasi Bawa Obor KL2017 Di Kelantan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/wau-bulan-gergasi-bawa-obor-kl2017-di_10.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :