Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM

Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM
link : Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM

Baca juga


Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM

PUTRAJAYA: Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) digesa agar tidak gentar semasa menjalankan tugas biarpun sentiasa menerima ugutan ketika menjalankan operasi.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Subromaniam Tholasy berkata aspek keselamatan pegawai sentiasa menjadi fokus utama dan pihaknya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan sindiket terbabit.

"Saya ingin memberi amaran kepada sindiket-sindiket dan tonto-tonto ini… hentikanlah, cukup," kata Subromaniam.

BACA: Pegawai kastam wanita maut kenderaan dirempuh tonto

Menurut Subromaniam, statistik jumlah kes ugutan yang diterima pegawai JKDM semasa menjalankan tugas rasmi pada tahun 2013 hingga 2017 sahaja adalah sebanyak 150 kes.

VIDEO: Rempuhan maut tonto perbuatan melampau

"Secara purata, 40 kes ugutan tonto terhadap pegawai JKDM dilaporkan setiap tahun," kata Subromaniam pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan Isuzu D-MAX Prestige 3.0, di sini, hari ini.

VIDEO: Polis buru tonto terlibat insiden rempuhan Kastam

Pengenalan 80 buah kenderaan untuk kegunaan Bahagian Penguatkuasaan JKDM di seluruh negara itu, menurutnya, mampu meningkatkan aspek keselamatan pegawai JKDM ketika operasi serbuan dan siasatan.

“Sehubungan itu, JKDM berharap dengan penyerahan kenderaan baharu ini dapat melindungi pegawai JKDM yang bertugas serta mengurang masalah jumlah kes ugutan atau ancaman yang dihadapi oleh pegawai,” katanya lagi.

VIDEO: Tindakan ganas tonto terhadap penguatkuasa bukan perkara baharu

Kenderaan Isuzu D-MAX Prestige 3.0 yang berharga RM90,000 setiap satu itu telah diubah suai dan dilengkapi ciri keselamatan seperti bull bar dan kamera video.

Menurut Tholasy, JKDM akan membuat kajian semula jika insiden ancaman tonto berkurangan selepas pengenalan kenderaan baharu ini.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM

Sekianlah artikel Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/warga-kastam-tidak-akan-sesekali-tunduk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :