Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser….

Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser…. - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser…., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser….
link : Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser….

Baca juga


Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser….

Sakit gigi mungkin kedengaran seperti sesuatu yang biasa dialami oleh semua tidak kira peringkat umur. Tetapi siapa sangka sakit gigi yang dianggap perkara biasa itu rupa-rupanya disebabkan penyakit yang bahaya?

Jenie Yoo seorang wanita berasal dari Bangkok, Thailand mengalami sakit gigi di bahagian hadapan sejak Disember tahun lalu namun menganggap ianya bukanlah sesuatu yang serius.

Sumber: Facebook | Jenie Yoo

Pada suatu hari, ibu kepada seorang anak ini berfikir untuk merawat masalah kaviti itu jadi beliau pergi ke klinik berjumpa doktor gigi.

Bagaimanapun, Jenie dinasihatkan berjumpa pakar di Seoul, Korea Selatan kerana doktor yang dijumpainya itu tidak dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi Jenie.

Beberapa ujian dan X-ray dijalankan oleh doktor pakar di Seoul untuk mengenalpasti penyakit Jenie. Keputusan makmal kemudian mendedahkan bahawa Jenie menghidap kanser tulang.

Kanser itu menyebabkan tumor tumbuh di bahagian kiri rahangnya.

Bersama anaknya. Sumber: Facebook | Jenie Yoo

“Saya sangkakan saya hanya mempunyai sakit gigi yang biasa dan mungkin gigi perlu dicabut atau membuat rawatan gigi berlubang,” kata Jenie.

Semenjak dari itu, Jenie menjalani rawatan kemoterapi di Seoul dan sehingga kini beliau telah jalani enam sesi. Apa yang lebih menyedihkan, tumor di pipi kirinya sudah mula membesar menyebabkan hidung dan mata kirinya berubah daripada kedudukan asal.

“Saya sudah jalan enam sesi tetapi hanya sekali-sekala sahaja, kerana kos untuk kemoterapi sangat mahal. Tumor di pipi saya pula semakin hari semakin membesar.” katanya lagi

Sumber: Facebook | Jenie Yoo

Jenie yang selama ini tidak pernah menyembunyikan tentang penyakit itu sentiasa memuatnaik gambar dan video untuk berkongsi tentang keadaannya bersama rakan-rakan di Facebook. Namun selepas foto yang menunjukkan pipinya bengkak itu dimuatnaik, ada pihak yang mempersendakan keadaan fizikal mukanya. 

Mereka membulinya dengan mengatakan gambar itu palsu dan Jenie menggunakan Photoshop semata-mata untuk mendapat perhatian. 

Jenie kemudian memuatnaik video dirinya bercakap tentang penyakit yang dialaminya itu. Beliau menceritakan bagaimana penyakit ini merosakkan hidupnya dan bagaimana beliau hampir berputus asa pada mulanya namun kini Jenie bertekad untuk melawan penyakitnya itu. Macam ni lah semangat yang kita mahukan!

Sumber: Facebook | Jenie Yoo

Jenie sebelum ini bekerja sebagai pekerja ladang getah dan pada mulanya dibantu oleh ibu bapa beliau untuk membayar kos rawatan kemoterapi itu sebanyak 80,000 Thai Baht (RM10,000) bagi setiap sesi.

Namun kini, Jenie menerima bantuan daripada sebuah gerakan perubatan khas di Thailand. Kos kemoterapinya kini dibiayai oleh mereka dan doktor juga sudah memaklumkan kepada Jenie bahawa hanya lima sesi sahaja lagi perlu dijalani sebelum beliau pulih sepenuhnya daripada penyakit kansernya itu.

Sumber: Thairath 

Ramai turut mempersoalkan tentang suaminya yang tidak mengikuti Jenie menjalani rawatan di Seoul. Menurut Jenie suaminya juga perlu menjaga ibu mertuanya yang sakit.

“Ibu mertua saya juga menghidap penyakit kanser dan suami saya perlu menjaga ibunya itu.” kata Jenie

Jenie yang kini berada di Seoul ditemani anaknya sentiasa positif bahawa penyakitnya itu akan pulih satu hari nanti. Namun, sehingga kini beliau masih memakai topeng muka apabila keluar kerana tidak mahu dipandang jelek oleh orang ramai. 

Jenie bersama suami. Sumber: Facebook | Jenie Yoo

“Saya mahu kehidupan saya seperti sedia kala dan mempunyai kerja seperti orang lain. Saya mahu hidup normal. Saya akan lakukan apa jua kerja sekalipun, saya mahu kuat semangat dan menyokong diri saya sendiri.” kata Jenie

Semoga Jenie sembuh daripada penyakit yang dihidapinya ini. Anda pula, jangan pandang remeh jika tiba-tiba sakit gigi. Dapatkan rawatan secepatnya, jangan ambil ringan dengan kesakitan yang anda alami. Kalau cepat tahu penyakit apa dihidapi mungkin dapat dicegah dari awal kan..

sumber: lobakmerah


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser….

Sekianlah artikel Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser…. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Ini Sangka Sakit Gigi Kerana Masalah Kaviti, Rupa-rupanya Kanser…. dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/wanita-ini-sangka-sakit-gigi-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :