Judul : Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak
link : Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak
Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak
Sebagai ibu bapa, mesti kita sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak. Namun, oleh kerana kesempitan hidup segelintir manusia terpaksa membuat perkara terkutuk kerana terdesak mahu mendapatkan wang.
Pada awal bulan ini, sebuah video menunjukkan helah licik seorang wanita tua mencuri beg di Pasar Siti Khadijah, Kelantan telah tular di Facebook.
Sumber : Facebook
Kejadian itu berlaku pada 30 Jun sewaktu penduduk lelaki di sana sedang sembahyang Jumaat. Melalui video itu, wanita tersebut dilihat sedang berjalan di sekitar kawasan kedai buah sambil berpura-pura ingin membeli sesuatu.
Seperti biasa jika didatangi pelanggan semestinya mereka harus melayan. Tidak lama selepas itu, pekerja tersebut beralih dan pergi ke satu sudut bertentangan dengannya kerana disuruh wanita berkenaan.
Semasa itulah wanita tersebut mengambil kesempatan dan terus menunduk lalu mengangkat kain meja tersebut untuk mencapai beg milik pekerja itu tanpa disedarinya. Licik betul!
Tetapi lakonannya tidak terhenti di situ, dia terus berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan masih teruskan lakonan seperti mahu membeli sesuatu dari kedai itu.
Wanita berusia 43 tahun itu telah mencuri beg berisi wang tunai sebanyak RM2,300 berserta kad bank, buku akaun bank dan juga kunci kereta milik peniaga tersebut.
Menurut Sinar Harian, selepas siasatan dijalankan wanita tersebut mengaku sedang terdesak mahu mencari duit lebih untuk membiayai yuran kolej anaknya. Matlamat tidak menghalalkan cari makcik…
Salah tetap salah dan dia telah pun dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda. Wanita tersebut juga diperintah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM1,500 dan memulangkan semula wang yang dicurinya sebanyak RM2,300 itu.
Kan tak pasal pasal lagi banyak duit nak pakai kena bayar denda dan pampasan! Ingat ye, matlamat tidak menghalalkan cara.
Baca : Wanita Curi 11 Dompet Di Jalan TAR dan Sembunyikan Dalam Timbunan Kain
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak
Anda sekarang membaca artikel Wanita Curi Beg Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Kerana Terdesak Mahu Biayai Yuran Kolej Anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/wanita-curi-beg-peniaga-di-pasar-siti.html