Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank

Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank
link : Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank

Baca juga


Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Seorang rakan yang baik akan sentiasa menjaga hubungan tersebut dengan sebaik mungkin. Namun, nasib seorang warga emas di Singapura tidak begitu baik kerana dikhianati kawannya sendiri di saat dia memerlukan bantuan kerana kekurangan upaya.

Pada November tahun lalu, Tan Chwee Sing, 76, yang sudah separa buta memerlukan bantuan kerana keadaannya yang tidak mengizinkan untuk dia menguruskan duitnya sendiri, lapor Straits Times.

Gambar hiasan

Tan yang juga seorang pesara dikatakan telah menerima bantuan kewangan dari agensi kebajikan sosial dalam bentuk wang untuk bantu meringankan bebannya. Dia menerima bantuan sebanyak $300 (RM944.19) dan wang tersebut di dipindahkan ke akaun bank miliknya setiap bulan.



Namun disebabkan tidak dapat melihat dengan baik, dia tidak mempunyai pilihan selain meminta tolong dari orang luar untuk memeriksa jika duit tersebut sudah dideposit ke dalam akaunnya.

Tan telah menghubungi rakannya Goh Thiam Hock, 59, untuk membantunya mengeluarkan wang tersebut dan mereka berjanji untuk bertemu di mesin ATM di Blok 117, Bukit Merah View pada 2 November tahun lalu.

Gambar hiasan

Dia kemudian memberi kad bank serta nombor PIN akaunnya kepada Goh dengan harapan lelaki itu bersikap jujur dan memberitahu baki sebenar yang ada di dalam akaun tersebut.

Setelah berjaya mendapat akses pada akaun tersebut, Goh bagaimanapun menipu dan memberitahu bahawa wang bantuan itu masih belum didepositkan ke dalam akaunnya. Tanpa pengetahuan Tan, dia sebenarnya telah mengeluarkan wang kebajikan tersebut dan menyimpannya di dalam poket. Kurang ajar punya kawan.

Sumber: Straits Times

Keesokan harinya, Tan telah mengemaskini buku akaunnya dan membuat laporan polis pada 7 November selepas menyedari bahawa terdapat pengeluaran wang berlaku menggunakan kad miliknya. Mujur tindakan tersebut telah dirakam CCTV dan membuktikan Goh telah mengambil wang kebajikan rakannya untuk kegunaanya sendiri.



Goh dilaporkan telah memulangkan kembali wang tersebut tetapi masih akan dikenakan tindakan kerana mencuri. Dia berdepan hukuman penjara selama 3 tahun berserta denda.

Zaman sekarang ni, kawan pun takleh percaya!

Baca: Lelaki OKU Terpaksa Mengesot Naik Tangga Kapal Terbang Kerana Staf Enggan Membantu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank

Sekianlah artikel Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wang Bantuan Kebajikan Warga Emas OKU Dicuri Rakan Ketika Disuruh Periksa Akaun Bank dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/wang-bantuan-kebajikan-warga-emas-oku.html

Subscribe to receive free email updates: