Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan

Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan
link : Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan

Baca juga


Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan

Diundang untuk meraikan pengantin baharu namun ianya menjadi kontroversi apabila tiga artis dikir barat wanita menyanyi sambil menari tarian gelek pinggul yang menjolok mata.

Video gelek tular cetus kontroversi

Tiga video yang berdurasi satu jam, lima minit dan 12 minit dimuatnaik secara live di Facebook dikecam teruk.

Video itu juga menjadi tular di media sosial dengan lebih 900 mengongsikannya dan ditonton 106,000 kali (setakat berita ini ditulis).

Persembahan untuk meraikan pengantin baru itu bermula jam 10 malam hingga jam 12 malam semalam di Kampung Padang Tembesu di sini menjadi tumpuan ratusan penduduk kampung yang  menonton sampai habis persembahan mereka.

Dalam video berkenaan tiga wanita dilihat beraksi bersama beberapa artis dikir barat lelaki.

Tindakan tiga artis itu dikutuk sesetengah pelayar laman sosial dan ada memberi komen lucah.

Ada juga mengaitkan negeri Kelantan yang terkenal dengan sebagai negeri Serambi Makkah semakin teruk.

Bagaimanapun wanita berkenaan ada memuatkan naik status di Facebook memberikan maklum balas mengenai tarian geleknya itu.

“Meh sini nok pese (pesan) sikit deh, pasal video show semalam tuh banyak  yang komen negatif, dan ada jugak yang komen positif.

“Tapi kita sebagai manusia semua tidak sempurna deh.

“Jangan nak jadi diri tu hebat macam malaikat, kalau tak leh nak kelih (tengok ) tak soh (jangan) kelih, lepas tu dok komen hak pelik-pelik, tapi alhamdullilah saya dapat pahala free,” katanya dipetik di Facebooknya.

Sementara itu Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin berkata, persembahan itu tidak mendapat permit hiburan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Katanya, seharusnya tuan rumah tersebut perlu menegahnya sesuatu yang bercanggah dengan syiar Islam.

Menurutnya, dasar kerajaan negeri jelas menyatakan hanya lelaki dan jika melibatkan wanita pun hanya kanak-kanak 12 tahun kebawah sahaja dibenarkan membuat persembahan menyanyi di khalayak ramai.

“Majlis yang  murni iaitu perkahwinan orang Islam untuk mendapat keredaan ALLAH SWT, bukan mengadakan majlis yang bercanggah dengan  Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998, Bahagian III, Pelesenan, Perkara 6.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, masyarakat seharusnya sensitif dengan sebarang tindakan diluar norma kesopanan sehingga boleh meletakkan  keluarga berkenaan menanggung aib akibat perbuatan sendiri sehingga menjadi  bahan percakapan masyarakat sekitar.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan

Sekianlah artikel Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video artis dikir barat wanita gelek gerudi di majlis kahwin di Kelantan, ratusan orang kampung terpaku sampai habis persembahan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/video-artis-dikir-barat-wanita-gelek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :