Judul : [UPDATE] Baru empat bulan bekerja
link : [UPDATE] Baru empat bulan bekerja
[UPDATE] Baru empat bulan bekerja
REMAJA yang maut tersepit lif di kedai perkakas dan aksesori di Jalan Sukamari, Pendang, hari ini baru empat bulan bekerja dengan bayaran RM25 sehari.
Bapanya, Zaini Saad, 45, berkata, Muhammad Zairul Naim Zaini, 16, yang hanya bersekolah setakat tingkatan dua itu baru bekerja di kedai terbabit selepas berhenti kerja di restoran di Kuala Lumpur sebelum ini.
Zaini berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira 3.30 petang selepas rakan sekerja anaknya datang ke rumahnya di Kampung Paya Kuala Rimau,Pendang, memaklumkan anaknya terbabit kemalangan.
"Rakannya sendiri tidak tahu kejadian sebenar yang berlaku kerana ketika kejadian dia berada di rumah dan majikan mereka yang menghubungi memaklumkan kejadian itu.
"Saya kemudian terus ke tempat kerja anak dan sebaik naik ke tingkat dua terkejut melihat keadaan anak dalam keadaan tangan terkulai dan kesan luka dari leher sampai ke dada sementara muka calar balar selepas tersepit di dalam lift barang," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel [UPDATE] Baru empat bulan bekerja
Anda sekarang membaca artikel [UPDATE] Baru empat bulan bekerja dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/update-baru-empat-bulan-bekerja.html