Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras?

Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras?
link : Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras?

Baca juga


Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras?

KUALA LUMPUR – Undi penduduk luar bandar boleh `dibeli’ dengan beras dan bekalan makanan.

Itu pandangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seolah-olah menghina masyarakat kampung dan desa hanya kerana mereka tidak menyokong pembangkang.

Manivanan Gowin yang juga Ahli Parlimen Kapar mendakwa kononnya penduduk luar bandar mudah dieksploitasi kerana taraf hidup mereka yang rendah.

“Dengan taraf hidup yang rendah penduduk luar bandar, maka pengeksploitasian undi berlaku secara mudah. Seseorang yang kurang berkemampuan akan sanggup melaksanakan kehendak pemberi untuk menagih barangan.

“Misalnya dengan memberi undi kepada UMNO Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan wang, beras, bekalan makanan dan seumpamanya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ironinya, parti pembangkang kerap menyiarkan gambar pemimpin parti itu menyampaikan sumbangan makanan termasuk beras kepada penduduk luar bandar di media sosial.

Terdahulu, Manivanan dalam kenyataan itu mendakwa penduduk kampung kini dianggap simbolik benteng terakhir UMNO BN untuk menyambung hayat dalam arus politik negara.

Justeru, dakwa beliau, usaha menghapuskan masyarakat ‘katak di bawah tempurung’ perlu dibuat bagi memastikan rakyat tidak lagi diperbodohkan.

“Hanya dengan kerjasama rakyat dan Pakatan Harapan inisiatif untuk menembusi kubu-kuat UMNO BN dapat dilaksanakan,” katanya.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang didominasi oleh parti sekular dan liberal DAP.

Pakatan pembangkang itu dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). -MYNEWSHUB.CC

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras?

Sekianlah artikel Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Undi Penduduk Luar Bandar Boleh `Dibeli’ Dengan Beras? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/undi-penduduk-luar-bandar-boleh-dibeli_13.html

Subscribe to receive free email updates: