Judul : UMNO tidak boleh terus 'berbulan madu' - Tajuddin
link : UMNO tidak boleh terus 'berbulan madu' - Tajuddin
UMNO tidak boleh terus 'berbulan madu' - Tajuddin
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata walaupun sudah banyak jentera aktif digerakkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun, masih terdapat kawasan tertentu yang perjalanan jentera partinya perlu ditambah baik.
"Ini menunjukkan secara keseluruhannya, ada lagi jentera yang perlu diperkukuhkan di peringkat bahagian, cawangan...perlu digerakkan, tidak boleh tunggu lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Merbok 2017 di sini, hari ini.Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok Hapsoh Ahmad dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok Nurhamidah Azmi.
Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata semua jentera parti tidak harus menunggu sehingga calon-calon diumumkan untuk mula menggerakkan jentera masing-masing.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau meminta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri supaya berusaha gigih demi memastikan kemenangan UMNO dan BN di Kedah.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel UMNO tidak boleh terus 'berbulan madu' - Tajuddin
Anda sekarang membaca artikel UMNO tidak boleh terus 'berbulan madu' - Tajuddin dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/umno-tidak-boleh-terus-berbulan-madu.html