UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan

UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan
link : UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan

Baca juga


UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan

KOTA BELUD – Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara perlu lebih berani berada di barisan hadapan bagi mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Beliau berkata Pemuda UMNO tidak boleh berkompromi dalam hal itu sebaliknya perlu lantang bersuara jika ada pihak yang cuba mencabar dan mengusik hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Saya harap Pemuda UMNO mesti kekal sebagai benteng kekuatan parti dan berani mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera kerana itulah perjuangan parti,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Belud di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Musbah Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud Arsad Bastari, Ketua Wanita UMNO Kota Belud Eyung Latun dan Ketua Puteri UMNO Kota Belud Masnatu Satung.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Wanita UMNO perlu lebih proaktif menggerakkan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) ke kawasan kampung bagi memberi penjelasan kepada anggota akar umbi mengenai tohmahan pembangkang terhadap UMNO dan kerajaan supaya mereka tidak terpengaruh dengan fitnah tersebut.

“Pergerakan Puteri UMNO juga perlu bekerja lebih keras bagi menarik lebih ramai pengundi muda dalam kalangan belia wanita untuk bersama-sama menyertai perjuangan parti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ketiga-tiga sayap parti itu untuk sentiasa bersedia dan memperkukuh kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa selain mahu parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama bekerja kuat memastikan kemenangan berpihak kepada parti.- BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan

Sekianlah artikel UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO: Pemuda Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/umno-pemuda-perlu-lebih-berani-di_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :