Judul : Tunggu hari ini...
link : Tunggu hari ini...
Tunggu hari ini...
Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggunakan Pelan B sekiranya ramai pemain tidak dapat melaporkan diri hari ini bagi kem latihan pusat sebelum mengharungi saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, hujung bulan ini.
Bagaimanapun pengendali berusia 46 tahun itu tetap mengharapkan tiada masalah untuk mengumpul semua 26 pemain yang dipanggil hari ini.
“Saya fikir adalah lebih baik saya fokus bagaimana untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi dua kejohanan besar, kelayakan AFC di Bangkok dari 19 hingga 23 Julai ini dan Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.
“Saya hanya akan mengetahui berapa ramai pemain yang bersedia untuk menggalas tugas negara esok (hari ini). Jika ramai yang tidak datang, saya hanya akan menyusun Pelan B selepas itu. Buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan hal negatif mengenai pemain tidak akan melaporkan diri,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tunggu hari ini...
Anda sekarang membaca artikel Tunggu hari ini... dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tunggu-hari-ini.html