Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik

Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik
link : Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik

Baca juga


Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik

LIPIS – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan menukar kerajaan yang sedia ada bukanlah jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri akan lebih memudaratkan negara dan rakyat.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa kebangkitan rakyat atau Arab Springs yang menyaksikan banyak negara Timur Tengah seperti Iraq, kini bergolak.

“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal… kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana… itu bodoh punya kerja… Minta maaf terpaksa kata.

“Doktor saya di IJN (Institut Jantung Negara) bagi tahu ada pesakitnya orang Iraq apabila tanya mana lebih baik dahulu atau sekarang, dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman.

“Tetapi sekarang lihatlah, hancur lebur semuanya… kerana itulah menjatuhkan kerajaan sedia ada tidak akan menjanjikan kerajaan yang lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis di sini hari ini.

Persidangan turut dihadiri Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian  Datuk Seri Mohd Soffi  Abd Razak.

Beliau berkata Malaysia telah melalui banyak fasa pembangunan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) baik di kawasan bandar dan luar bandar dengan pelaksanaan projek-projek ekonomi berimpak tinggi selain kebajikan rakyat sentiasa dibela.

“Sehingga hari ini pakar-pakar ekonomi mengatakan Malaysia hari ini berjaya terlepas daripada perangkap pendapatan pertengahan. Malaysia kini merupakan negara ke-25 paling berdaya saing dunia. Perkembangan ekonomi negara kita juga diramalkan boleh menghampiri tahap lima peratus.

“Malaysia bukan negara gagal, kenapa perlu menukar kerajaan kalau kerajaan sedia ada boleh membantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya.

Sementara itu Najib berkata kekuatan parti UMNO bukan terletak kepada individu mahupun presiden, tetapi adalah disebabkan perpaduan di kalangan tiga juta  anggotanya di seluruh negara. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik

Sekianlah artikel Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tukar Kerajaan Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tukar-kerajaan-bukan-jalan-penyelesaian_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :