Tragedi 27 Syawal

Tragedi 27 Syawal - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tragedi 27 Syawal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tragedi 27 Syawal
link : Tragedi 27 Syawal

Baca juga


Tragedi 27 Syawal

DUA maut dan empat cedera selepas kereta dinaiki kesemua mangsa perempuan itu bertembung dengan van di Jalan Lambor Kanan, dekat SK Raja Chulan, Kampung Gajah, hari ini.

Kemalangan itu membabitkan Nissan Urvan milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah dan Proton Gen2, pada 1.15 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Salleh Mamat, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian pada 1.21 petang.

“Berdasarkan maklumat awal, difahamkan van berkenaan dipandu dari arah Kampung Gajah ke Bota, manakala kereta pula dari arah bertentangan sebelum bertembung.

“Sebaik tiba bomba dapati semua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam.

“Pemeriksaan mendapati dua wanita maut manakala empat lagi cedera yang ketika itu semua masih berada di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian membantu mengangkat empat mangsa cedera ke dalam ambulans untuk di hantar ke Hospital Changkat Melintang, Kampung Gajah.

"Perempuan yang maut dipercayai berusia 30-an dan belasan tahun dan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi dijalankan lapan anggota dari Balai Bomba Parit itu berakhir pada 2.05 petang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih menunggu laporan daripada pegawai penyiasat.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tragedi 27 Syawal

Sekianlah artikel Tragedi 27 Syawal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tragedi 27 Syawal dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tragedi-27-syawal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :