Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan
link : Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

Baca juga


Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha memerangi keganasan demi mencapai objektif bersama ke arah keamanan, keselamatan dan kestabilan untuk semua, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, selain berkongsi kepentingan dan nilai-nilai, yang amat penting pada masa ini ialah kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk memerangi ekstremisme dan menumpaskan keganasan walau di mana ia bertapak.

Beliau berkata AS menjadikan usaha mengekang keganasan sebagai satu daripada keutamaannya sambil menegaskan AS mendapati bahawa tidak ada negara sekutu yang begitu menunjukkan kesungguhan dan lebih dipercayai dalam kempen ini selain Malaysia.

“Walaupun kami bernasib baik kerana tidak pernah mengalami serangan pengganas Daesh atau berkaitan Al Qaeda yang membunuh begitu ramai mangsa di Amerika, kita tidak kebal.

“Serangan pertama berkaitan Daesh yang berjaya berlaku di luar Kuala Lumpur pada Jun 2016. Lapan orang cedera, tiada  yang maut. Tetapi itu bukan kerana mahu mencuba,” kata beliau ketika berucap pada majlis makan malam Dewan  Perniagaan Amerika-Malaysia sempena sambutan 60 tahun Amerika Syarikat-Malaysia di sini.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir Min, Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib seterusnya berkata, perkhidmatan keselamatan Malaysia telah berjaya mematahkan banyak komplot dan layak diberi setinggi-tinggi pujian atas usaha tanpa mengenal erti penat walaupun kebanyakan kejayaan itu tidak didendang tetapi dapat memastikan rakyat selamat dan terjamin.

“Kaedah yang digunakan AS dan program deradikalisasi kami yang sangat produktif dalam pemulihan ekstremis dengan kadar kejayaan lebih 90 peratus, adalah model bagi negara-negara di seluruh dunia.

Najib juga berkata komitmen Malaysia kepada kesederhanaan juga telah diiktiraf di peringkat tertinggi antarabangsa yang menubuhkan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, konsep Wasatiyyah, dan penubuhan Pusat keamanan Atarabangsa Raja Salman di Malaysia. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan

Sekianlah artikel Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tingkat Kerjasama Dengan AS Perangi Keganasan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tingkat-kerjasama-dengan-as-perangi_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :