Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22

Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22
link : Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22

Baca juga


Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22

KUALA LUMPUR – Selepas hanya enam daripada 26 pemain skuad Bawah-22 (B-22) melapor diri semalam di kem latihan pusat bagi mengharungi kempen kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Thailand, kini hanya tinggal dua pemain yang masih berada di kem itu.

Ia berikutan permintaan daripada pasukan Terengganu, Felda United, Selangor dan Kuala Lumpur supaya pemain masing-masing dapat diturunkan bagi aksi Piala Malaysia hujung minggu ini dan Liga Malaysia pada pertengahan minggu hadapan.

Empat pemain berkenaan ialah Amierul Hakimi Awang dari pasukan Terengganu, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Danial Amier Norhisham (Felda United) dan Adam Nor Azlin (Selangor) yang dibenarkan untuk beraksi membantu pasukan mereka.

Ketua Jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau mengambil keputusan untuk melepaskan empat pemain itu untuk berlaku adil kepada semua pihak.

“Kita akan sentiasa mencari alternatif yang memihak kepada kedua-dua belah pihak, (Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan kelab) kerana saya faham dengan keadaan kelab-kelab yang terlibat dengan Piala Malaysia dan liga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua pemain yang kekal di FAM buat masa ini ialah pemain dari Selangor, Muhammad Syahmi Safari dan Ahmad Khairil Anuar Zamri dari Perak, yang akan menjalani latihan rehabilitasi bersama pegawai dari Institut Sukan Negara, katanya.

Skuad itu yang turut dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA akan mengharungi aksi persahabatan menentang skuad B-22 Myanmar pada Khamis depan di Stadium Shah Alam sebelum bertolak ke Bangkok untuk kelayakan Kejohanan AFC B-23 bermula dari 19 hingga 23 Julai ini.

Skuad itu kemudian akan mengharungi tugas getir dalam cabaran meraih pingat emas Sukan SEA 2017 apabila Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.

Pengendali berusia 46 tahun dari Melaka itu juga berharap semua pemain akan melaporkan diri secara berperingkat bermula Sabtu ini seperti yang dijanjikan sebelum ini untuk melakukan perancangan seterusnya.

“Saya bercadang untuk gunakan dua kumpulan pemain berbeza untuk separuh masa pertama dan kedua menentang Myanmar nanti. Kita mempunyai pemain yang cukup dan saya rasa tiada masalah sekiranya semua melaporkan diri.

Bagi pemain yang akan lapor diri pada 12 Julai, saya perlu lihat siapa yang bermain pada 11 Julai (Liga Malaysia) dan adakah mereka main penuh 90 minit. Mungkin saya hanya bagi mereka main 30 minit terakhir atau 45 minit pertama, bergantung kepada keadaan,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22

Sekianlah artikel Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tinggal 2 Pemain Sahaja Dalam Latihan Skuad B-22 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tinggal-2-pemain-sahaja-dalam-latihan_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :