Tindakan Tegas Jika Guru Terlibat Pengganas Daesh - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Tegas Jika Guru Terlibat Pengganas Daesh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Khabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Malaysia Today,
Artikel News,
Artikel Terbaru,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
SEREMBAN – Guru-guru berdepan tindakan undang-undang jika didapati menyokong atau melakukan kegiatan membabitkan kumpulan pengganas Daesh, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga akan mengambil tindakan serta-merta sekiranya mendapati guru mempunyai kecenderungan menyokong kumpulan pengganas itu.
“Saya memberi amaran kepada semua guru di bawah Kementerian Pendidikan supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan kumpulan pengganas Daesh. Oleh itu, jangan menyalahgunakan kemudahan media sosial,” katanya pada sidang media selepas Program Jelajah Pendidikan 2017 Kementerian Pendidikan di sini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Rusni Ab. Jalil.
Chong ditanya tentang penglibatan guru dalam kegiatan itu berikutan seorang warga pendidik didakwa di mahkamah berkaitan kes Daesh tahun lepas.
Mengenai Program Jelajah Pendidikan 2017 itu, beliau berkata ia memberi peluang kepada kementerian untuk mendekati masyarakat dengan berkongsi kejayaan serta mendapatkan maklum balas berhubung usaha kementerian meningkatkan akses pendidikan berkualiti. – BERNAMA
Demikianlah Artikel Tindakan Tegas Jika Guru Terlibat Pengganas Daesh
Sekianlah artikel Tindakan Tegas Jika Guru Terlibat Pengganas Daesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tindakan Tegas Jika Guru Terlibat Pengganas Daesh dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tindakan-tegas-jika-guru-terlibat.html