Judul : Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan
link : Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan
Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemantauan rapi kini dijalankan kementeriannya bagi mengelak ia disalah guna.
Jelasnya, ini penting bagi mengelak spekulasi pasaran dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyita unit berkenaan.
"RUMAWIP disediakan untuk pembeli rumah pertama dan kita tak mahu mewujudkan spekulasi kepada pasaran."Biarpun kita tahu ada yang berkemampuan, tetapi kita takkan biarkan perkara ini berlaku.
"Jika ia berlaku, kita akan ambil semula dan senarai hitam pihak yang terbabit," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran dan sesi cabut undi projek Rumawip Residensi Semarak Platinum pada Sabtu.
Setakat Jun 2017, lebih 60 ribu unit RUMAWIP atau 74.5 peratus daripada sasaran 80,000 unit dibina dan ia dijangka bakal terus meningkat menjelang 2020.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan
Anda sekarang membaca artikel Tindakan sita RUMAWIP jika sewakan kepada orang lain - Ku Nan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tindakan-sita-rumawip-jika-sewakan.html