Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula
link : Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula

Baca juga


Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka terpaksa mengambil inisiatif untuk membuka semula tapak pelupusan sisa pepejal Krubong, di sini sekiranya kapasiti tapak pelupusan sanitari Sungai Udang yang dijangkakan hanya bertahan dalam tempoh kurang daripada sebulan, telah penuh.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu diambil berikutan kapasiti tapak yang merupakan satu-satunya pusat pelupusan sampah di negeri ini menerima antara 1,000 dan 1,200 tan sampah sehari termasuk pada hujung minggu menyebabkan hayat tapak itu menjadi semakin pendek.

“Bagaimanapun, saya khuatir ini tidak baik (memberi impak negatif) apabila kawasan yang telah diakses sebagai kawasan ‘tutup selamat’ itu dibuka semula bagi menangani masalah berkenaan.

“Justeru, kerajaan negeri memohon agar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempercepatkan pembinaan pusat pelupusan sampah yang menggunakan teknologi insinerator bagi menampung sampah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco  kerajaan negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Idris berkata pengurusan sampah secara berkesan di peringkat isi rumah juga perlu diberi perhatian dalam usaha memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah di negeri ini.

“Saya percaya melalui pendidikan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menguruskan bahan buangan yang mana jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi impak besar kepada kehidupan masa depan terutamanya terhadap kelestarian alam sekitar.

Anggota masyarakat juga perlu mengubah mentaliti dengan meningkatkan lagi tahap kesedaran masing-masing berhubung tanggungjawab menjaga persekitaran melalui pengurusan sampah secara berkesan dengan menggunakan konsep 3R,” katanya.

Tapak pelupusan sanitari Sungai Udang mula beroperasi sejak April 2015 setelah tapak pelupusan sampah seluas 25.5 hektar di Krubong di sini ditutup pada akhir 2014.  – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula

Sekianlah artikel Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong Beroperasi Semula dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tapak-pelupusan-sisa-pepejal-krubong_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :