Judul : TAKZIAH Sedang Hamil 5 Bulan Abby Abadi Keguguran
link : TAKZIAH Sedang Hamil 5 Bulan Abby Abadi Keguguran
TAKZIAH Sedang Hamil 5 Bulan Abby Abadi Keguguran
Hasrat selebriti Abby Abadi untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan anak yang sudah lima bulan didalam kandungannya meninggal dunia.
Berita sedih itu disampaikan oleh Abby sendiri menerusi akaun Instagramnya dan difahamkan beliau dimasukkan ke hospital hari ini bagi proses mengeluarkan janin.
Rinduuuu . Berkesempatan jenguk #marissadaniahakim /Aqila semalam sbb taktahu bila dpt jumpa lagi nanti sebab tahu hari ni nk kena masuk wad utk cuci/keluarkan Baby dari dlm perut ni. Ajak lepak makan minum jap. Maklumkan pada dia tentang Baby dlm perut ni dah takde. Nampak dia terkejut. Berubah airmuka dia. Pastu Dania ingat kita bergurau.. siap suruh bersumpah bagai sbb mcm tak percaya.. dia kata cek lagi sbb takut mesin scan tu rosak pastu tanya lagi.. dan lagi . Baby besar kita #MariaDanishaHakim ikut masa scan pagi semalam. Ikut masuk skali buat detail scan. Tp kusyuk sangat tgk screen sampai tak dgr apa yg Doc tu cakap Bila kluar kita bagitau Baby Mama dah meninggal dlm perut.. Baby kata mcmana tau? Sy cakap kan nampak tadi dah takde denyutan jantung baby tu. Dia cam tenang je terima sbb kita pun tenang je masa tu . Baby besar kata: ” ALLAH bagi dia gi asrama dulu. Kalau jadi Baby ni aritu, Baby nak jaga dia dulu.. tp dah takde buleh lah Baby pergi asrama hafal ALQURAN Alahai Baby . Abah pun dalam bilik doc semalam tergamam juga. Selalu setiap kali gi klinik, dia ambil gmbr baby kt monitor sbb nk tgk pergerakan Baby nk tengok degup jantung baby. Tapi bila doc terangkan yg baby dah tak bergerak, berkemungkinan dah meninggal sehari dua, Abah mampu tersenyum kelat pandang kita. Kita tahu suami redha tp dlm masa yg sama dia sedih giler sbb dia berharap sangat kehadiran baby ni dlm hidup dia.. tp ALLAH tahu yg terbaik k suami. Ada rezeki, ALLAH bagi rezeki lain nanti k. Jaga anak2 yg ada dulu ni k . Mmmmmm.. kesian semua, berharap sngat nk berbaby kecik lagi doakan ada rezeki lain lepas ni AMINNNNNN PS: Appoinment kita dgn doc ari ni kul 3pm. Terus masuk wad & urusan2 seterusnya. Doakan kita ye. Minta ampun maaf ye kalau ada dosa. Sayang korang
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on Jul 9, 2017 at 11:38pm PDT
Abby dan Faizal ataupun lebih dikenali sebagai Jai Ezzany mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015. Ini adalah kali kedua Abby mengalami keguguran. Sebelum ini, beliau pernah mengalami keguguran di Madinah ketika mengerjakan ibadah Umrah bersama Jai pada tahun lepas.
Hero2 Mama . Ampun Maaf juga atas segala kesilapan & halalkan makan minum selama kita hidup bersama selama ni ye . Memang hasrat hati, jika diizinkan ALLAH, taknak berlaku apa2 waktu proses mengeluarkan Baby hari ni tapi siapa tahu usaha utk bersedia walaupunnnn tahu banyak dosa . Kalau umur kita tak panjang, mohon sedekahkan AlFatihah ye.. maafkan segala kelemahan diri ini ye, Abah Sayang Abang Danish sayang . . Abang Danish baru dpt tahu tadi, cal teresak2 menangis. Kita cakap takde rezeki Abang. Doakan Mama selamat hari ni ye. Mama takut sakit. Bila dikata sakit sangat, lagi tambah takut . Doakannnnnn kita ye kawan2. Maafkan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki. Assalamualaikum
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on Jul 10, 2017 at 12:11am PDT
Takziah kami ucapkan kepada Abby dan suami. Semoga bertabah dengan ujian Allah SWT ini, pasti apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Jangan berputus asa, tidak mustahil satu hari nanti akan ada juga rezeki untuk menimang cahaya mata.
Sumber: Beautifulnara
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel TAKZIAH Sedang Hamil 5 Bulan Abby Abadi Keguguran
Anda sekarang membaca artikel TAKZIAH Sedang Hamil 5 Bulan Abby Abadi Keguguran dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/takziah-sedang-hamil-5-bulan-abby-abadi.html