Judul : Tak Tahan Diejek Gemuk, Gadis Ini Nekad Kuruskan Badan. Hasilnya Buat Ramai TERNGANGA !!
link : Tak Tahan Diejek Gemuk, Gadis Ini Nekad Kuruskan Badan. Hasilnya Buat Ramai TERNGANGA !!
Tak Tahan Diejek Gemuk, Gadis Ini Nekad Kuruskan Badan. Hasilnya Buat Ramai TERNGANGA !!
Seorang pelajar yang sering di ejek kerana mempunyai peha yang besar telah membuka mata si pengejeknya selepas berjaya menghilangkan satu pertiga daripada berat badannya dan membina ‘otot paha yang kuat’. Meghan Gilbert, 21, dari Dallas, Texas, mengalami berat badan yang berlebihan hingga beratnya mencecah 200 pounds.
Rakan-rakan sekelas juga mula mengejeknya dengan mengatakan yang pehanya bergegar dan seperti guruh berdentum setiap kali dia memasuki kelas.
Titik perubahan bermula apabila Meghan melihat kembali gambar sekolahnya tiga tahun yang lalu dan dia tahu yang dia terpaksa berubah.
Meghan secara dramatik mengubah cara pemakanan dan senamannya dan kini beratnya hanya 137 pounds.
‘Saya melihat kaki saya sebagai sebagai aset yang paling saya banggakan, sebelum ini saya tidak pernah memakai seluar pendek atau menunjukkan kaki saya tetapi sekarang saya suka melihat peha saya yang berotot ini,’ katanya.
Meghan, merupakan seorang model dan personaliti media sosial, mengalami masalah berat badan berlebihan semasa kanak-kanak lagi dan seingatnya dia mula makan berlebihan selepas melakukan pelayaran dalam kapal yang berkonsepkan “semua anda boleh makan”, di mana dia akan makan empat hidangan lasagne dan enam mangkuk ais krim sekaligus.
Kemudian dia mengalami gemuruh dan kemurungan, yang semakin teruk akibat buli. Sehingga dia pernah meninggalkan rumah tetapi ‘terus makan kerana dia tidak peduli’.
Dia berkata: “Saya selalu digelar “thunder thighs “, kawan-kawan akan mengatakan “guruh akan melanda apabila saya memasuki kelas kerana peha saya akan bergegar”.
‘Kawan-kawan saya sangat teruk, disebabkan ejekan mereka masalah pemakanan saya semakin teruk dan membuatkan saya membenci diri saya.
‘Hanya selepas melihat gambar-gambar lama saya, saya mula menyedari bahawa saya perlu menukar gaya hidup saya.’
Meghan pulang ke rumah dan memulakan senaman setiap hari di taman tempatan sebelum membuat latihan sendiri dan mendapatkan pelatih peribadi.
Dia berkata: ‘Pada mulanya sukar, tetapi saya tahu saya perlu meneruskannya dan menghadapinya, saya percaya masa sukar membuat anda lebih dewasa.
‘Saya belajar untuk makan makanan yang betul dan jumlah yang betul juga, saya mulakan latihan kekuatan dan mula suka bersenam.’
Meghan juga mengongsikan ceritanya di Instagram.
Beliau meneruskan: ‘Bentuk badan saya telah berubah sepenuhnya, wajah saya sebelum ini bulat, leher dan tubuh saya berbeza, saya kelihatan seperti orang baru.
‘Sebelum ini saya tidak pernah memakai seluar pendek di luar kerana saya bencikan diri saya, sekarang saya boleh pergi ke luar dengan pakaian mandi dan merasa yakin bahawa saya cantik.
‘Saya melihat kaki saya sebagai aset yang paling saya banggakan, saya berusaha keras untuk mendapatkannya sepanjang masa, sementara saya masih mempunyai lemak yang saya sayangi.’
sumber : http://ift.tt/2vHbVb7
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tak Tahan Diejek Gemuk, Gadis Ini Nekad Kuruskan Badan. Hasilnya Buat Ramai TERNGANGA !!
Anda sekarang membaca artikel Tak Tahan Diejek Gemuk, Gadis Ini Nekad Kuruskan Badan. Hasilnya Buat Ramai TERNGANGA !! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tak-tahan-diejek-gemuk-gadis-ini-nekad.html