Judul : TAHNIAH Anis AlIdrus Sah Bergelar Isteri
link : TAHNIAH Anis AlIdrus Sah Bergelar Isteri
TAHNIAH Anis AlIdrus Sah Bergelar Isteri
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Anis Al-Idrus yang sudah selamat diijabkabulkan dengan cinta hatinya, Mohd Rafzan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam malam semalam.
Anis dan Mohd Rafzan kelihatan manis dan kacak dalam persalinan sedondon berwarna putih. Pihak perempuan menyerahkan lima dulang hantar berbalas tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki. Anis turut menerima satu set barang kemas sebagai mas kahwin. Walaubagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Anis sendiri iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus, di hadapan Imam dan jurunikah Masjid Al-Itisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib, kira-kira jam 9.40 malam.
Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis sederhana kami.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Anis dan suaminya. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
Sumber Berita : BH ONLINE
Kredit Foto : kaki5photo
Sumber: Beautifulnara
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel TAHNIAH Anis AlIdrus Sah Bergelar Isteri
Anda sekarang membaca artikel TAHNIAH Anis AlIdrus Sah Bergelar Isteri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tahniah-anis-alidrus-sah-bergelar-isteri.html