Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital
link : Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Baca juga


Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

GEORGE TOWN – Seorang tahanan polis mengambil kesempatan melarikan diri apabila pintu van yang membawa lelaki itu bersama dua banduan lain dibuka ketika kenderaan terbabit mengalami kerosakan di Jalan Paya Terubong, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ,ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, enam anggota polis membawa tiga banduan termasuk suspek yang melarikan diri, Anuar Ayat, 43, itu dari lokap Pusat Bayan Baru ke Hospital Balik Pulau, dekat sini, untuk mendapatkan rawatan selepas masing-masing mengadu sakit.

“Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Relau, van polis dinaiki mereka mengalami kerosakan brek dan terpaksa berhenti di tepi jalan sebelum anggota polis membuka pintu van berkenaan.

“Secara tiba-tiba lelaki itu terus melompat keluar dari van dan melarikan diri ke arah kawasan di tepi jalan, anggota kami bertindak mengejar serta mencari suspek di kawasan berkenaan bagaimanapun gagal,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki itu bersama dua lagi tahanan digari bersama namun suspek dikatakan berjaya melepaskan tangannya yang bergari.

Anuar berkata polis juga masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan bagaimana lelaki itu dapat melepaskan diri seterusnya melompat keluar daripada van dalam tempoh tidak sampai seminit.

Katanya, semua anggota polis yang mengiringi suspek dalam kejadian itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Polis masih menjalankan operasi untuk mengesan suspek dan orang ramai yang mengenali atau terserempak dengan lelaki  mencurigakan diminta menghubungi balai polis berhampiran,” katanya polis turut lancarkan Ops Tutup.

Beliau berkata lelaki itu, yang berasal dari Permatang Damar Laut, dekat sini sepatutnya menghadiri satu perbicaraan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di mahkamah esok.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah, ketika dihubungi Bernama, berkata siasatan terperinci dijalankan termasuk memastikan sama ada berlaku kecuaian oleh anggota polis yang mengiringi suspek berkenaan. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital

Sekianlah artikel Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahanan Lolos Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/tahanan-lolos-ketika-dalam-perjalanan_9.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :