Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!

Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!
link : Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!

Baca juga


Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!

Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!

Syamsul menang Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 57. (Pic: Instagram @syamsulyusoffilm)

Sentuhan magis di dalam Munafik melayakkan Syamsul Yusof, 34, diangkat sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke 57 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.

Rasa kesyukuran dikongsi menerusi laman Instagram peribadinya yang menganggap kemenangan terbabit adalah di atas rezeki Allah.

"Nikmat itu dari Allah. Hakikatnya apa yang ada hanyalah pinjaman. Secebis bakat dan ilham dari Tuhan pada kita sekecil-kecil hambaNya," kata pelakon, penyanyi dan sutradara itu.

Pada masa sama, kemenangan itu menjadikan Syamsul sebagai sutradara kedua Malaysia yang dinobatkan gelaran Pengarah Terbaik selepas Allahyarham Yasmin Ahmad mencipta sejarah pada festival sama 17 tahun lalu.

Allahyarham diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik untuk filem Mualaf yang juga filem terakhir sentuhannya pada penganjuran FFAP ke-54 yang berlangsung di Taipei pada Disember 2010.

Sementara itu, selain kemenangan Syamsul, delegasi negara juga meraih kegembiraan berganda hasil kemaraan filem Ola Bola yang juga terbitan Astro Shaw apabila membawa pulang trofi Suntingan Terbaik.

FFAP adalah anjuran Federation of Motion Picture in Asia Pacific (FPA).

Malaysia sebelum ini pernah meraih anugerah utama lakonan termasuk menerusi Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada festival ke empat tahun 1957 selain Maya Karin pada FFAP ke-49 (2004) serta Datin Seri Tiara Jacquelina pada FFAP ke-50 (2005).

Terdahulu, Munafik yang turut mencipta sejarah di industri perfileman tempatan apabila mencatat kutipan keseluruhan sebanyak RM19 juta turut menjadi Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia tahun lalu manakala Syamsul pula meraih Pengarah Terbaik.

Sebelum ini juga Syamsul kerap meraih pengiktirafan di atas hasil kerjanya di arena dunia perfileman tempatan.

Malah beliau melakar sejarah peribadi serta mencipta sejarah sepanjang penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) apabila diangkat sebagai Pengarah Filem Terbaik menerusi Evolusi KL Drift pada usia 26 tahun.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik!

Sekianlah artikel Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syamsul Yusof Pengarah Terbaik Asia Pasifik! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/syamsul-yusof-pengarah-terbaik-asia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :