Judul : Sultan Brunei Taja 20 Mualaf Tunai Haji, Beri Elaun Lagi
link : Sultan Brunei Taja 20 Mualaf Tunai Haji, Beri Elaun Lagi
Sultan Brunei Taja 20 Mualaf Tunai Haji, Beri Elaun Lagi
BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 20 mualaf terpilih menunaikan ibadah haji yang ditanggung sepenuhnya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerusi dana khas.
Media melaporkan, majlis penyerahan bantuan itu diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei di sini semalam oleh menterinya, Dato’ Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Othman.
Beliau selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei berkata, kesemua saudara baharu itu akan mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut di bawah pakej tertentu dan disediakan oleh tiga agensi ditauliahkan pihak kerajaan.
Sejumlah B$187,410 (kira-kira RM588,832) diperuntukkan daripada kutipan dana Zakat Asnaf Mualaf dengan setiap seorang menerima tambang penerbangan B$4,500 (RM14,138) dan elaun perjalanan B$2,000 (RM6,283).
Bagi mualaf yang dipilih di bawah pakej premium Zamrud oleh agensi Darussalam Holdings Sdn. Bhd. menerima tambahan lagi B$7,200 (RM22,622) sekali gus menjadikan kos keseluruhan kepada B$11,700 (RM36,760).
Manakala mualaf diletakkan di bawah pakej lengkap agensi Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. pula menerima tambahan sebanyak B$7,350 (RM23,093) yang menjadikan keseluruhan ditanggung berjumlah B$11,850 (RM37,232).
Sementara mualaf yang mengikuti pakej ekonomi agensi Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. menerima tambahan B$10,460 (RM32,864) yang secara langsung menjadikan keseluruhan kepada B$14,960 (RM47,000).
Menurut kenyataan kementerian tersebut, pemilihan mualaf yang layak untuk musim haji pada kali ini adalah berdasarkan sesi temuduga dan beberapa lagi kriteria ketat ditetapkan oleh pihak majlis ugama Islam sendiri.
Brunei pada tahun ini mula menerima tambahan kuota haji ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebanyak 1,000 jemaah berbanding hanya 400 jemaah yang dikenakan untuk beberapa musim sebelum ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sultan Brunei Taja 20 Mualaf Tunai Haji, Beri Elaun Lagi
Anda sekarang membaca artikel Sultan Brunei Taja 20 Mualaf Tunai Haji, Beri Elaun Lagi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sultan-brunei-taja-20-mualaf-tunai-haji_21.html