Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport

Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport
link : Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport

Baca juga


Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport

CHANGLUN: Sebuah rumah usang di Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun, yang dijadikan makmal pemprosesan daun ketum diserbu sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu, siang tadi.

Sindiket yang dipercayai didalangi seorang lelaki tempatan bersama isterinya itu, turut mengupah seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi mengelak kegiatan mereka terbongkar.

Rumah itu dipercayai dijadikan makmal pemprosesan bahan larangan itu untuk memenuhi permintaan pasaran antarabangsa, termasuk dieksport ke negara-negara seperti Indonesia, Ukranie dan Amerika Syarikat.

“Dia ada pesan, kalau orang tanya jangan cakap apa-apa, (termasuklah kalau) orang kampung bertanya. Lepas itu saya tak habaq (beritahu) lah. Dia pesan jangan bagi tahu,” ujar lelaki OKU tersebut.

Pihak berkuasa turut menjumpai mesin pengisar biji kopi yang diubah suai untuk mengisar daun ketum menjadi serbuk.

Untuk mengaburi pihak berkuasa, serbuk ketum itu diisytihar sebagai inai.

Dengan keuntungan yang mencecah antara RM170 ke RM200 sekilogram, sindiket berkenaan hanya membayar RM200 sebulan kepada lelaki OKU berusia 42 tahun itu untuk menutup mulut.

Ketua Ketua Unit Risikan, Operasi dan Siasatan AADK Kubang Pasu, Mohd Shafieq Ismail berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihaknya yang pada awal mendapati rumah berkenaan menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian.

Berdasarkan soal siasat awal, makmal berkenaan telah beroperasi selama sebulan.

“Mereka akan eksport serbuk ketum ni setiap hujung minggu. Dia nyatakan sebagai serbuk inai. Dia isytihar ikut negara yang nak dihantar tu.

“Kalau macam di Indonesia dia isytihar sebagai inai. Kalau di sebelah Ukraine, juga sebagai inai. Tapi kalau di sebelah Amerika Syarikat, dia isytihar sebagai (produk) aromaterapi,” ujar Mohd Shafieq.

Rampasan sebanyak 58 kilogram serbuk daun ketum itu dianggarkan melebihi RM11,000.

Lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua barang kes dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu.

Hasil saringan air kencing, suspek adalah negatif.

Kes disiasat dibawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport

Sekianlah artikel Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami isteri upah OKU proses daun ketum untuk eksport dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/suami-isteri-upah-oku-proses-daun-ketum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :