Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan

Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan
link : Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan

Baca juga


Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan

loading…
loading…
Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan

SANTIAGO, 19 Syawal 1438H, Khamis – Salah satu bongkah ais terbesar dalam sejarah dilaporkan terpisah dari glasier Antartika, semalam.
Universiti Swansea dan Penyelidikan Antartik British yang mengesahkan perkara itu berkata, bongkah ais tersebut sudah menunjukkan tanda-tanda untuk terpisah selama beberapa bulan.
Bongkah ais seberat satu trilion tan yang berukuran 5,800 kilometer persegi terpisah dari pentas ais Larsen C di Antartika antara 10 dan 12 Julai lalu.
LONDON: Salah satu aisberg terbesar dalam sejarah terpisah dari glasier Antartika.
Keadaan itu menjejaskan kapal-kapal di sekitar benua itu.
Aisberg seberat satu trilion tan yang berukuran 5,800 kilometer persegi terpisah dari pentas ais Larsen C di Antartika antara 10 dan 12 Julai lalu.
Perkara itu disahkan saintis di Universiti Swansea dan Penyelidikan Antartik British.
Aisberg itu sudah menunjukkan tanda-tanda untuk terpisah selama beberapa bulan.
Sepanjang musim sejuk di Antartik, saintis memantau kejadian itu menggunakan satelit Agensi Angkasa Eropah.
“Aisberg itu adalah yang terbesar pernah direkodkan dan keadaannya pada masa depan sukar dijangka.
“Mungkin ia akan kekal begitu tetapi besar kemungkinan ia akan terpisah menjadi ketulan ais. Beberapa ketulan ais akan kekal di situ berdekad-dekad lamanya, manakala sebahagian daripada aisberg itu mungkin dihanyutkan ke utara kawasan kurang sejuk,” kata Adrian Luckman, seorang pensyarah di Universiti Swansea.
Luckman juga merupakan ketua penyiasat Projek MIDAS, yang ditugaskan untuk memerhatikan glasier ais itu sejak beberapa tahun lalu.
Aisberg yang terpisah itu boleh menambahkan risiko terhadap kapal-kapal yang belayar.
Pada 2009, lebih 150 penumpang dan anak kapal telah dipindahkan apabila MTV Explorer tenggelam selepas merempuh aisberg di semenanjung Antartika.
Aisberg yang dikenali sebagai A68, telah terapung sebelum terpisah, oleh itu, tiada impak besar berlaku pada aras laut.
Namun proses itu menyebabkan pentas ais Larsen C berkurang lebih 12 peratus di kawasan itu.
Pentas ais Larsen A dan B yang berada di penghujung utara, Semenanjung Antartika tiba-tiba terpisah pada 1995 dan 2002.
“Ini menyebabkan kadar kenaikan glasier di belakang pentas ais tersebut, dengan jumlah ais yang hanyut ke laut, menyumbang kepada kenaikan aras laut.
“Jika Larsen C mula terpisah, maka kita akan melihat kenaikan aras laut,” kata David Vaughan, pakar glasier dan pengarah sains di Penyelidikan Antartik British.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan

Sekianlah artikel Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aisberg Gergasi Terpisah Di Antartika Menakutkan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/aisberg-gergasi-terpisah-di-antartika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :