Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa

Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa
link : Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa

Baca juga


Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa


Ketika kita sedang bergembira menyambut Hari Raya dan rumah terbuka di bulan Syawal ini, jangan sekali-kali kita melupakan kepada mereka golongan yang tidak bernasib baik dan mereka pastinya tidak menyambut Hari Raya seperti kita.

Beberapa hari lalu, satu keluarga seperti yang dilaporkan oleh The Star, telah diusir keluar daripada rumah sewa mereka yang terletak di Taman Perling, Johor ketika kita semua menyambut hari raya yang keempat.

Pasangan suami isteri itu, Mohd Sani Bachok dan isterinya Norazilah Mahat bersama 7 orang anak mereka yang masing-masing berusia antara 10 tahun sehingga 14 bulan, dikatakan pernah diminta oleh tuan rumah untuk keluar dari rumah sewa terbabit kerana dipercayai tidak membayar sewa rumah mereka selama 4 bulan.

Walau bagaimanapun, tuan rumah sewa itu dikatakan telah memberikan mereka tempoh selama 3 bulan lagi sebagai masa tambahan untuk mereka membuat pembayaran sewa seperti sebelumnya.

Namun, disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup serta tidak mempunyai perkerjaan semenjak tahun lalu, Sani dikatakan tidak dapat melangsaikan hutang rumah sewa berkenaan lalu terpaksa keluar dari rumah sewa tersebut.

Menurut sumber, mereka dikatakan telah berpindah randah ke beberapa lokasi ke lokasi lain seperti di kawasan Rehat & Rawat, beberapa stesen minyak dan juga turut tinggal di dalam kereta disebabkan tidak mempunyai tempat tinggal.

Lebih memilukan apabila dimaklumkan bahawa Sani adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi dia tetap mencari perkerjaan dan berkerja demi mencari rezeki untuk dirinya sekeluarga.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Sani dipercayai telah berhaya mendapatkan satu perkerjaan baru iaitu sebagai seorang tukang kebun, sementara itu isterinya juga dikatakan mendapat kerja sebagai seorang tukang cuci.

Difahamkan, anak-anak Sani dipercayai tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah sejak seminggu lalu disebabkan keadaan serta situasi keluarganya yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan juga tidak mampu mendapatkan pelbagai sumber diperlukan untuk menjalani rutin harian seperti biasa.

Menurut Sani, dia tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai. Saya sendiri tidak mampu untu membantu keluarga saya terutama anak-anak saya yang sering meminta makanan. Terkadang mereka langsung tidak makan berjam-jam, katanya.

Tetapi selepas kisah kehidupan Sani sekeluarga jadi tular di laman sosial Facebook, satu organisasi yang dikenali sebagai We Love Charity (WLC) Johor Bahru telah memberikan bantuan serta berjaya mendapatkan rumah untuk perlindungan sementara buat Sani dan keluarganya.

Malah, pihak Majlis Agama Islam Johor juga turut memberikan sumbangan seperti barang-barang keperluan asas kepada Sani seperti tikar, tilam, dapur gas dan beberapa kelengkapan asas yang lain yang diperlukan mereka ketika berada di tempat tinggal barunya itu.

Terima kasih kepada netizen dan juga semya rakyat Malaysia yang berhati mulia kerana menyebarkan kisah keluarga ini dan juga memberikan bantuan atau pertolongan kepada mereka. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Sani sekeluarga.


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa

Sekianlah artikel Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Bersama 7 Anak Terpaksa Tinggal Di Merata Tempat Termasuk Dalam Kereta Selepas Dihalau Tuan Rumah Sewa dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/suami-isteri-bersama-7-anak-terpaksa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :