Judul : Stadium Nasional Bukit Jalil dicalonkan pada Festival Seni Bina Dunia 2017
link : Stadium Nasional Bukit Jalil dicalonkan pada Festival Seni Bina Dunia 2017
Stadium Nasional Bukit Jalil dicalonkan pada Festival Seni Bina Dunia 2017
Stadium yang dibina pada 1994 itu adalah antara 17 bangunan yang dicalonkan bagi acara tersebut termasuk Kauri Timber Building di Auckland, New Zealand dan Grand Pera, Istanbul, Turki.
Menurut laman web Festival Seni Bina Dunia 2017 http://ift.tt/tqa71j, kategori Bangunan Baharu dan Lama antara lain, terbuka kepada projek-projek kreatif guna semula atau adaptasi, ruangan awam atau reka bentuk bandar, kuarters bandar yang dibangunkan semula dan pusat bandar yang dihidupkan semula.
Kesemua projek yang layak bertanding dalam kategori itu pada festival tahunan untuk arkitek dan profesional hiasan dalaman tersebut perlu dilengkapkan antara 1 Jan 2016 hingga 1 Jun tahun ini.Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula yang menelan belanja RM499 juta sebagai persediaan untuk Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur.
Projek itu termasuk menaik taraf dan mencantikkan Stadium Hoki Nasional dan Pusat Akuatik Kebangsaan.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter rasminya melahirkan rasa gembira apabila Bukit Jalil yang diindahkan semula dicalonkan bagi anugerah Festival Seni Bina Dunia 2017.
-- BERNAMA
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Stadium Nasional Bukit Jalil dicalonkan pada Festival Seni Bina Dunia 2017
Anda sekarang membaca artikel Stadium Nasional Bukit Jalil dicalonkan pada Festival Seni Bina Dunia 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/stadium-nasional-bukit-jalil-dicalonkan_8.html