Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia

Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia
link : Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia

Baca juga


Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 22 negara (B-22) membuka kempen Kumpulan H Kelayakan Kejohanan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 dengan langkah kanan apabila mudah membaham skuad B-22 Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, sebentar tadi.

Keputusan itu membuktikan persiapan tempang tanpa enam pemain yang tidak dilepaskan pasukan masing-masing, tidak menjejaskan rentak skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Malah kemenangan ke atas skuad kendalian Luis Milla itu sudah pasti menyuntik semangat buat 22 pemain negara sebelum menjalani ujian sebenar bertemu jaguh bola sepak Asia Tenggara, Thailand pada aksi kedua, Jumaat ini.

Keputusan itu juga boleh dilihat sebagai membalas dendam ke atas skuad Indonesia yang sebelum ini memalukan skuad senior kebangsaan ketika mereka menang 3-0 ke atas pasukan Harimau Malaya pada aksi persahabatan tahun lalu.

‘Mimpi’ ngeri buat skuad B-22 Indonesia bermula seawal minit ketiga apabila penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad meledak gol pertama menerusi penyudah kemas yang menewaskan penjaga gol lawan, Satria Tama Hardiyanto.

Penyerang Pulau Pinang, Mohd Jafri Firdaus Chew yang mensia-siakan banyak peluang pada aksi persahabatan bertemu skuad B-22 Myanmar menebus kekecewaan itu apabila meledak gol kedua menerusi tandukan untuk melebarkan jurang pada minit ke-20.

Ketika Indonesia cuba mengatur gerakan merapatkan jurang gol, Malaysia sekali lagi memberi tamparan kepada lawan apabila tandukan N Thanabalan menerjah gawang pada minit ke-30 untuk Malaysia selesa 3-0 selepas setengah jam permainan.

Pada babak kedua, Malaysia mula mengendurkan asakan dan situasi ini memberi peluang untuk Indonesia melancarkan gerakan dengan beberapa percubaan dilakukan, namun ketangkasan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim membuatkan barisan depan Indonesia terus buntu.

Tindakan pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam yang melakukan terjahan keras ke atas Syazwan Andik membawa padah apabila dia dilayangkan kad merah pada minit ke-68, sekali gus menyempitkan laluan lawan untuk bangkit. – Berita Harian

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia

Sekianlah artikel Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/skuad-b-22-negara-mudah-baham-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :