Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah

Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah
link : Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah

Baca juga


Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkenalkan formula baharu tidak lama lagi berhubung mekanisme penetapan harga mingguan petrol dan diesel.

Menteri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kementeriannya sedang berunding dengan Kementerian Kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mewujudkan situasi menang-menang.

"Dengan harga minyak terus menurun dalam beberapa minggu ini, mereka (pengusaha stesen minyak) menghadapi tekanan. Saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan.

"InsyaAllah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak.

"Kita akan tentukan kaedah ini dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan bahawa industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa hadapan, kita akan lakukan (penetapan harga) secara harian," katanya pada sambutan Hari Raya anjuran Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) di sini hari ini.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat. Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam.

Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

Untuk minggu sehingga Rabu ini, harga seliter ditetapkan pada RM1.89 untuk RON95, RM2.15 untuk RON97 dan RM1.84 untuk diesel.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah

Sekianlah artikel Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Situasi menang-menang dalam penetapan harga minyak - Hamzah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/situasi-menang-menang-dalam-penetapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :