Judul : Sifat Mulia Vinagan Balakrishnan Bukan Raih Publisiti, Dianggap 'Hero' Masyarakat
link : Sifat Mulia Vinagan Balakrishnan Bukan Raih Publisiti, Dianggap 'Hero' Masyarakat
Sifat Mulia Vinagan Balakrishnan Bukan Raih Publisiti, Dianggap 'Hero' Masyarakat
Vinagan Balakrishnan, memberikan perkhidmatan teksi percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di sekitar bandar raya Johor Bahru sejak April lalu. (Gambar: K Mala)
Teknologi yang semakin canggih tidak dinafikan memberi cabaran kepada pemandu teksi khususnya mereka yang berada di bandar raya apabila kini wujudnya perkhidmatan Uber dan GrabCar yang menjadi pilihan alternatif pengangkutan awam masyarakat.
Bagaimanapun, pengangkutan awam seperti teksi masih menjadi pilihan dalam kalangan warga kota, malah konsep 'mesra pelanggan' sememangnya menjadi harapan kepada setiap pengguna.
Ketika ramai pemandu perkhidmatan ini bersaing antara satu sama lain untuk mengambil penumpang, adakah terlintas di fikiran kita bahawa ada pihak yang sanggup memberikan perkhidmatan percuma atau diskaun harga tambang kepada golongan yang memerlukan.
PERKHIDMATAN ISTIMEWA BUAT OKU
Perkara itu dibuktikan seorang pemandu teksi di Johor Bahru, Vinagan Balakrishnan, apabila menawarkan perkhidmatan teksi percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar bandar raya ini sejak April lalu.
Menurutnya, perkhidmatan itu bukan dilakukan atas tujuan untuk meraih publisiti atau sebaliknya tetapi sebenarnya ia lebih kepada tanggungjawab sosial yang dilakukannya dalam membantu masyarakat atau golongan yang memerlukan.
"Tanpa mengira kaum atau jarak perjalanan, sebaik sahaja menerima panggilan saya akan memulakan pemanduan ke mana sahaja di sekitar daerah Johor Bahru sehingga Pasir Gudang bagi membantu golongan OKU.
"Kadang-kala mereka meminta saya menghantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan mahupun pemeriksaan kesihatan atau ke pejabat kerajaan untuk mendapatkan bantuan dan sebagainya.
"Saya tidak tahu sama ada perkhidmatan seumpama ini dilakukan di negeri atau kawasan lain. Namun, saya melakukan inisiatif ini sejak Mei lalu dan ini adalah sebahagian daripada khidmat saya kepada masyarakat," katanya pemandu berusia 33 tahun ini.
ADA DISKAUN
Menurut anak kelahiran Pahang ini, dia bukan sahaja menawarkan khidmat percuma kepada OKU. Malah, dia yang dianggap sebagai 'hero' masyarakat turut memberikan diskaun sebanyak 20 peratus kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung dan juga pesakit yang mahu mendapatkan rawatan dialisis.
"Bagi pesakit dialisis, mereka selalunya akan pergi untuk mendapatkan rawatan di pusat dialisis di pelbagai kawasan sekitar bandar raya manakala ibu mengandung pula menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.
"Saya amat memahami keperluan mereka khususnya dari segi pengangkutan bagi memudahkan mereka bergerak bagi mendapatkan rawatan mahu pun pemeriksaan kesihatan. Seperti saya katakan, usaha ini bukannya untuk meraih sebarang publisiti, sebaliknya berbakti kepada masyarakat.
"Malah, hari ini selepas ramai melihat perkara ini, kira-kira 70 pemandu teksi yang lain turut mengikuti jejak langkah saya dalam menawarkan perkhidmatan yang sama," katanya yang menetap di Gelang Patah, Johor.
IMPIAN MEWUJUDKAN APLIKASI
Vinagan yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Gerak Pantas (GP) Johor Bahru berkata, dia mempunyai perancangan untuk memperluaskan khidmat berkenaan di seluruh negara menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.
"Ini memang dalam perancangan saya tetapi difahamkan bukan mudah untuk mewujudkan satu aplikasi khusus selain memerlukan perbelanjaan besar sehingga mencecah ribuan ringgit. Namun, saya yakin jika ada pihak boleh tampil membantu pastinya usaha ini dapat direalisasikan.
"Usaha yang mahu dilakukan ini bukan bertujuan mengaut keuntungan berlebihan sebaliknya, satu usaha murni untuk membantu golongan yang memerlukan. Malah, saya juga daripada keluarga miskin dan hanya belajar sehingga Tingkat 1.
"Namun, ia bukannya menjadi halangan saya untuk berusaha. Sebelum menjadi pemandu teksi, saya bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura selain membantu mendiang ibu di ladang getah di Karak (Pahang)," katanya.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sifat Mulia Vinagan Balakrishnan Bukan Raih Publisiti, Dianggap 'Hero' Masyarakat
Anda sekarang membaca artikel Sifat Mulia Vinagan Balakrishnan Bukan Raih Publisiti, Dianggap 'Hero' Masyarakat dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sifat-mulia-vinagan-balakrishnan-bukan.html