Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan

Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan
link : Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan

Baca juga


Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan

JOHOR BAHRU – Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu, selagi belum mendapat kata putus daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Azman Ayob berkata keputusan untuk menutup kes berkenaan bergantung kepada saranan pihak pendakwaan.

“Sekarang kita sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum mendapatkan nasihat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatannya di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes tersebut masih berjalan.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan hasil keputusan bedah siasatmendapati kematian kanak-kanal berusia 11 tahun itu disebabkan penyakit kencing tikus dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

“Kematian mangsa dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro(microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untukberfungsi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil keputusan bedah siasat itu akan dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Mohamad Thaqif meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempatmenjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera didakwa dideraseorang pembantu warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, dekat sini.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Dalam pada itu, Azman, bekas Ketua Polis Daerah Muar, mengambil alih tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor daripada Datuk Kamarul Zaman Mamat yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan/Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

– BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan

Sekianlah artikel Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/siasatan-kes-pelajar-tahfiz-diteruskan_11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :