Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari

Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari
link : Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari

Baca juga


Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Perintah reman sehingga 4 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, lelaki berumur 57 tahun itu tiba pada kira-kira 10.40 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dengan tangannya digari.

Sumber SPRM yang dipetik Bernama semalam berkata pengarah syarikat itu yang juga merupakan pemilik hotel tersebut ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 tengah hari semalam.

Dia adalah seorang daripada tiga individu yang ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan kes tersebut dengan dua lagi lelaki ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pada 9 pagi selepas memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Kedua-duanya yang berumur 47 dan 51 tahun merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel berkenaan, yang disyaki telah dibeli dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari

Sekianlah artikel Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasatan FIC: Pengarah syarikat direman enam hari dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/siasatan-fic-pengarah-syarikat-direman_44.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :