Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018

Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018
link : Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018

Baca juga


Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018

KUALA LUMPUR: Semakan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia seterusnya adalah pada Januari 2018 selepas kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, semakan kos pembekalan elektrik itu dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga di bawah dasar semakan semula ke atas kos bahan api dan kos penjanaan lain (ICPT) pada setiap enam bulan sekali.

"Semakan terkini telah dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun 2017.

"Tetapi, pada 30 Jun 2017, kerajaan telah bersetuju membelanjakan sebanyak RM1.303 bilion untuk menampung peningkatan kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada Semenanjung bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini," katanya dalam program temubual "Ruang Bicara" terbitan Bernama News Channel pada Rabu.

Turut serta dalam program itu ialah Naib Presiden (Perancangan dan Ekonomi Kawal Selia) TNB, Datuk Roslina Zainal.

Zaini berkata, perbelanjaan sebanyak RM1.303 bilion tersebut diterjemahkan pada kadar 2.54 sen/kWj, di mana 1.52 sen/kWJ digunakan untuk mengekalkan rebat tarif elektrik dan 1.02 sen/kWj digunakan untuk menampung surcaj kenaikan harga bahan api yang terus dibayar kepada penjana kuasa seperti Tenaga Nasional Bhd dan penjana bebas seperti Malakoff Corporation Bhd dan YTL Power Generation Sdn Bhd.

"Ini bermakna kerajaan telah mengadakan pelepasan caj yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna. Bagaimanapun kami telah mengambil keputusan untuk mengekalkan rebat ICPT pada kadar 1.52 sen/kWj untuk memastikan pengguna dapat bekalan elekrik pada kadar tarif yang sama," katanya.

Selain itu, Zaini berkata, semakan tentang tarif asas akan datang juga akan dilakukan pada Januari 2018.

"Pada ketika ini, tarif asas yang disemak setiap tiga tahun adalah pada kadar tetap, iaitu 38.53 sen/kWj," katanya.

Tarif asas mengambil kira harga asas bahan api utama seperti gas berpaip, arang batu dan gas asli cecair.

Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan operasi dan pembangunan pihak utiliti, termasuk "Pulangan Ke Atas Aset Dikawal" dan ditetapkan oleh kerajaan untuk tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2014 hingga 31 Dissember 2017.

Penentuan tarif elektrik di Semenanjung dibuat mengikut kerangka Peraturan Berasaskan Insentif yang terdiri daripada dua komponen utama, iaitu ICPT dan tarif asas.

Tarif asas adalah untuk menampung semua kos berkaitan pembekalan elektrik kepada pengguna.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018

Sekianlah artikel Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semakan tarif elektrik Semenanjung seterusnya pada Januari 2018 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/semakan-tarif-elektrik-semenanjung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :