Judul : Selalu mengantuk waktu kerja? Mari Ikuti 11 langkah mudah ini untuk elakkan anda rasa mengantuk
link : Selalu mengantuk waktu kerja? Mari Ikuti 11 langkah mudah ini untuk elakkan anda rasa mengantuk
Selalu mengantuk waktu kerja? Mari Ikuti 11 langkah mudah ini untuk elakkan anda rasa mengantuk
Tidur adalah nikmat pemberian tuhan bagi hamba-hambanya, kerana Tuhan menjadikan siang itu utk mereka mencari rezeki dan malam itu utk beristirehat. Yang menjadi masalahnya, kita selalu berasa mengantuk di siang hari semasa bekerja.
Hampir semua orang akan ada hari nya, rasa mengantuk di siang hari, dan kadang kala menganggu utk kita menjalankan aktiviti harian. Ini dinamakan "hypersomnia", definisinya, rasa mengantuk yg datang secara berulang kali dan membuatkan kita untuk tidur sementara di siang hari, walaupun sedang bekerja.
Tabiat tidur yg tidak elok akan menyebabkan kita rasa mengantuk di siang hari. Jika anda mengalami masalah sedemikian, sila ikuti 11 langkah-langkah yg dapat mengelakkan daripada anda mengantuk dan tidur di waktu siang.
1. Tidur malam yg mencukupi.
Macam orang lain tak tau je kene dapatkan tidur yg cukup. Tetapi, perkara yg mudah ini lah selalu kita buat tak endah. Kadang kita tidak sedar bahawa waktu tidur yg sepatut nya telah diambil alih dengan membuat perkara2 yg lain. Paling simple, main fon sebelum tidur.
Sibuk2 main game atau tengok social media, tau2 da hilang 2 jam waktu tidur kita. Sedangkan orang dewasa memerlukan 7 ke 9 jam untuk tidur di waktu malam supaya tubuh badan kita mencapai waktu rehat yg optimum.
2. Elakkan gangguan sebelum tidur.
Tutup lah handphone, tv, PS4 dan laptop tu sebelum tidur. Lagi2 jgn nak sibuk2 bayar bil itu ini mlm2 sebelum tidur. Nanti asyik fikir je duit tu melayang.
Kalau boleh, jgn lah bergaduh dgn bf/gf, suami/isteri atau keluarga sebelum tidur. Itu semua akan menyebabkan anda tidak boleh tidur di waktu malam.
3. Bangun tidur pada waktu yang di tetapkan.
Mereka yg menghadapi masalah mengantuk di siang hari, di nasihatkan supaya tidur dan bangun pada waktu yg di tetapkan. Macam hidup seperti askar, waktu bangun dan tidur di tetapkan.
4. Bersedia untuk tidur lebih awal.
Macam nak datang kerja, anda pasti akan cuba untuk sampai di tempat kerja lebih awal sebelum punch card. Perkara yg sama perlu dilaksanakan dengan tidur.
Cuba bersedia utk tidur 15 minit lebih awal drpd masa yg kita tetapkan utk tidur. Gosok gigi, basuh kaki, cuci muka atau apa-apa saja yg biasa kita buat sebelum tidur, perlu di laksanakan awal sebelum tidur. Supaya badan kita faham, bahawa kita hendak tidur.
5. Makan mengikut masa.
Seterusnya, cuba utk makan tepat pada waktu nya. Makan tepat pada masanya akan membantu mengawal kadar degupan jantung manusia. Bila kita makan ikut suka, irama degupan jantung akan menjadi tidak teratur. Kerana jantung akan mengepam lebih laju utk membantu tubuh menghadam makanan.
Cuba utk berhenti makan 2 ke 3 jam sebelum tidur. Bagi la jantung kita berehat sekejap pada waktu malam, kesian seharian dia denyut laju utk kita bekerja.
6. Bersenam.
Ini yg selalu menjadi kesukaran bagi mereka yg bekerja ikut "Office Hour", kerana alasan tidak cukup masa. Jika anda tidak boleh bersukan seperti berlari, futsal, badminton dan sebagainya. Anda boleh mencuba senaman ringan utk di buat di rumah seperti tekan tubi (push-up), squat, senaman duduk (sit-up) dan senaman ringan yg lain.
Kalau tak ade masa jugak, buat la ketuk ketampi 50 kali. Tetapi, adalah lebih baik jika anda dapat bersenam di bawah cahaya matahari, kerana kajian membuktikan jika anda dapat bersenam di bawah cahaya matahari, ia akan membantu membentuk corak tidur anda.
7. Susun jadual harian anda.
Cuba untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam. Jika anda sudah terbiasa keluar malam, cubalah utk tukar kepada keluar pada waktu siang atau sebelum waktu isyak. Supaya anda sentiasa dalam keadaan tenang dan sedia untuk tidur malam.
8. Membezakan mengantuk dan penat.
Jika anda penat, cuba untuk elak kan untuk tidur, kerana pasti anda tidak akan boleh tidur di waktu itu. Tunggu sehingga badan anda melepasi waktu penat itu, dan bertukar kepada mengantuk, kemudian baru anda tidur.
9. Jangan tidur siang.
Cuba elakkan utk tidur di siang hari walaupun anda betol2 mengantuk. Kerana jika anda tidur siang, anda akan sukar utk tidur malam.
10. Menghidupkan suasana yg tenang sebelum tidur.
Mandi air panas, atau mendengar lagu yg menenangkan akan membantu anda utk mudah tidur di waktu malam. Minum air herba yg panas atau susu suam juga dapat membantu utk mudah tidur malam.
Tetapi kalau byk minum membuatkan anda selalu terjaga untuk kencing malam, kurangkan kuantiti air sebelum tidur.
11. Minta bantuan pakar.
Kecenderungan untuk tidur pada waktu siang, adalah pabila anda mengalami kesukaran utk tidur di waktu malam. Jika anda tidak mengubah corak tidur anda, anda akan selalunya rasa penat dan mengantuk pada waktu siang.
Jika langkah2 diatas tidak dapat membantu anda, silalah jumpa dengan doktor pakar.
Anda tidak perlu terlalu risau jika anda selalu berasa mengantuk pada siang hari, ini bukan lah satu masalah yg kritikal. Tetapi tuhan telah menciptakan badan manusia untuk berehat di waktu malam, dan itu adalah lumrah manusia yg abadi.
Cuba untuk mengembalikan waktu rehat yg sepatut nya untuk tubuh badan anda, kerana kita ni bukan mesin yg ada barang2 gantian. Kalau sudah rosak, hilanglah satu nikmat pemberian tuhan.
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Selalu mengantuk waktu kerja? Mari Ikuti 11 langkah mudah ini untuk elakkan anda rasa mengantuk
Anda sekarang membaca artikel Selalu mengantuk waktu kerja? Mari Ikuti 11 langkah mudah ini untuk elakkan anda rasa mengantuk dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/selalu-mengantuk-waktu-kerja-mari-ikuti.html