Judul : Sayang Anak Tak? Lindungi Mereka Dengan MMR
link : Sayang Anak Tak? Lindungi Mereka Dengan MMR
Sayang Anak Tak? Lindungi Mereka Dengan MMR
SABAN tahun jutaan kanak-kanak maut di seluruh dunia terutama di negara-negara yang sedang membangun akibat jangkitan penyakit berbahaya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Perkara tersebut sebenarnya boleh menyebabkan penularan wabak penyakit hingga mengakibatkan kematian, menurut jururawat kesihatan, Noor Dzameera Dhohir.
Justeru, ibu bapa disaran untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap supaya tubuh badan kanak-kanak tersebut dapat menghasilkan antibodi dan perlindungan secukupnya.
“Ini penting bagi melawan serangan virus dan bakteria, khususnya penyakit measles atau campak.” ujar Dzameera yang telah berpengalaman lebih sedekad dalam bidang kejururawatan.
Measles pada kelazimannya akan menjangkiti bayi yang berusia satu tahun ke bawah dan belum lagi mendapatkan vaksin MRR (mumps measles rubella).
Antara tanda-tanda bayi yang telah dijangkiti measles termasuklah demam pada suhu tinggi iaitu 38 darjah Celcius ke atas, mata berair dan timbul ruam-ruam kemerahan pada kulit.
“Akibatnya, bayi yang tekah dijangkiti measles biasanya akan berasa kurang selesa dan mengalami dehidrasi kerana kurang makan dan kurang minum.
“Selain itu, dalam kes yang lebih kritikal, bayi tersebut juga akan mengalami epileptic fit atau turut disebut sebagai sawan tarik,” terang Dzameera.
Biasanya bayi suspek measles ini akan dibawa untuk mendapatkan rujukan doktor pakar sebelum dikuarantin atau diisolasi untuk menerima rawatan daripada rumah kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain.
Pengambilan imunisasi juga tidak hanya terhad untuk penyakit measles sahaja. Malah, antara suntikan vaksin yang wajib diberikan kepada anak-anak termasuklah suntikan Bacillus Calmette–Guérin atau BCG untuk mencegah penyakit tibi, Dtap-IPV untuk penyakit difteria, dan hepatitis B.
Meskipun suntikan vaksin amat baik untuk memastikan kesihatan kanak-kanak berada di tahap optimum, namun terdapat juga segelintir ibu-bapa yang enggan memberikan vaksin kepada anak mereka atas sebab-sebab tertentu.
Oleh itu, menurut Dzameera, jika berlaku kes sebegitu pihak klinik kesihatan akan menerangkan kepada ibu bapa mengenai pelbagai kebaikan vaksin untuk kepentingan anak-anak.
“Jika ibu-bapa masih berkeras hati, kami akan dapatkan nasihat daripada doctor untuk menganjurkan sesi kaunseling bagi memujuk mereka untuk memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka,” jelasnya lagi.
Sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi dan MMR kerana ia merupakan vaksin yang selamat.
Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor.
Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu dan berkala, mampu mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus sebegini. Oleh itu, #LengkapkanImunisasi dan #janganLupaCucuk ya.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Sayang Anak Tak? Lindungi Mereka Dengan MMR
Anda sekarang membaca artikel Sayang Anak Tak? Lindungi Mereka Dengan MMR dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sayang-anak-tak-lindungi-mereka-dengan_24.html