Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020

Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020
link : Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020

Baca juga


Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara pada 2020, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata hospital berkenaan dilengkapi kemudahan infrastruktur berteknologi canggih serta mempunyai tenaga pakar yang mencukupi bagi membolehkan proses pemulihan pesakit lebih cepat dan mengurangkan kesakitan pesakit.

"Setakat ini terdapat kira-kira 12 buah hospital kerajaan yang telah diisytiharkan sebagai hospital bebas kesakitan antaranya Hospital Selayang di Selangor, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan Hospital Putrajaya.

"Harapan kita adalah untuk memperluaskannya ke hospital lain dan ia hanya boleh dicapai dengan mewujudkan tenaga kerja mahir yang mempunyai ilmu pengetahuan dan menjalani proses latihan berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Sakit Pediatrik ke-11 di sini hari ini.

Konsep 'hospital bebas kesakitan' menggalakkan perkhidmatan pembedahan secara rawatan harian di mana pesakit tidak perlu bermalam di hospital dan seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan.

Ia menggunakan pendekatan multidisiplin membabitkan kerjasama antara pakar pembedahan, pakar bius, pakar pengurusan kesakitan, paramedik, ahli fisioterapi dan kakitangan perubatan dan kesihatan lain.

Seramai 450 delegasi dari 43 buah negara menghadiri persidangan itu yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di ibu negara, termasuk pakar sakit kanak-kanak, doktor dan penyelidik.

-- BERNAMA


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020

Sekianlah artikel Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sasaran wujudkan 'hospital bebas kesakitan' di seluruh negara menjelang 2020 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sasaran-wujudkan-hospital-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :