Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri

Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri
link : Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri

Baca juga


Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri

KUCHING – Kerajaan negeri telah memutuskan untuk meneruskan usaha membina empangan Trusan, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata melalui penubuhan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) yang akan memberi tumpuan kepada tanah tinggi termasuk Lawas dan Limbang yang menjadi platform bagi pertanian moden dari segi buah-buahan dan juga komoditi lain, pasti aktiviti ekonomi memerlukan bekalan tenaga elektrik.

“Dan Sarawak Energy Berhad (SEB) saya pasti akan membekalkan tenaga yang perlu apabila kita mentransformasi kawasan luar bandar. Di kawasan-kawasan tertentu, kita telah mengambil keputusan untuk meneruskan pembinaan Empangan Trusan, kita akan membina Empangan Trusan di Lawas untuk membekalkan tenaga.

“Ini bermakna, SEB akan diminta untuk membangunkan Empangan Trusan Dam yang pasti akan membekalkan tenaga elektrik dan air,” kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya SEB di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili.

Sementara itu, Hamed berkata SEB telah menjalankan kajian awal mengenai Empangan Trusan kira-kira tiga empat tahun yang lalu.

“Ketua Menteri baru sahaja kembali dari Brunei  selepas berbincang dengan Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) dan mereka agak berminat dengan Empangan Trusan Dam, jadi sekarang kita perlu menyemak semula projek itu.

“Kita (SEB) menggunakan diesel di Lawas dan Limbang, setiap tahun kita kerugian kira-kira RM100 juta…dengan membangunkan Empangan Trusan, kosnya akan menurun, penjimatan (RM100 juta) sudah cukup tetapi oleh kerana Brunei mahukannya, ia cukup baik untuk kita,” kata beliau. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri

Sekianlah artikel Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/sarawak-bina-empangan-trusan-ketua_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :