Judul : Saleem Iklim dikejarkan ke hospital akibat demam panas
link : Saleem Iklim dikejarkan ke hospital akibat demam panas
Saleem Iklim dikejarkan ke hospital akibat demam panas
Berita ini disampaikan menerusi perkongsian anggota kumpulan Khalifah, Harry di laman Facebook miliknya.
“Salam kepada penyokong-penyokong Apak, Khalifah dan Saleem… Minta jasa baik kalian untuk mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagenda tanah air “RAJA BALADA”… Beliau masih kuat untuk melawan penyakit… Semoga Saleem di permudahkan segalanya… Amin…,”tulis Harry.
Menurut laporan Harian Metro, penyanyi otai itu dibawa ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas dan berada dalam keadaan lemah.
Saleem atau nama sebenarnya, A M Salim Abdul Majeed, 55, kerap mengalami demam panas sejak kebelakangan ini.
Buat masa ini, punca sebenar penyakit yang dihidapi oleh Saleem masih belum dapat dikenal pasti.
Penyanyi lagu Bukan Ku Tak Sudi ini juga mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan esok. Namun ia bergantung pada tahap kesihatannya.
Sumber: Astro Gempak
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Saleem Iklim dikejarkan ke hospital akibat demam panas
Anda sekarang membaca artikel Saleem Iklim dikejarkan ke hospital akibat demam panas dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/07/saleem-iklim-dikejarkan-ke-hospital.html